Ikhtiar Zuriat

Hi mommy semua, boleh kongsikan amalan yg kalian ikhtiar sehingga berjaya mempunyai zuriat yg kalian nantikan sekian lama? #tcc

28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Cara sy iktiar sejak amal yg ni, ttc 4 tahun 1- makan Metformin ( atas saranan doc) 3bulan 2 - jamu lova 3bulan 3- asid folic tp skip2 jugak, hehe 4 - segala jenis fast food sy tinggal, 3 bulan jgk ambik masa 5 - manis2 sy kurangkan 6 - nasik sy mkn beras parboiled 7 - segala gluten tpung gndum sy xambik 8 - bykkan buah n sayor hijau 9- suami sy, sy sruh dia stop kan vape selama 3 bulan jgk, xkisah suami merokok ke apa ke, mtak tolong stop kan dlu utk kualiti sperma 10 - sebelum tidur, ambil 3 batang bendi, basuh brsih... Buang kepala n hujung bendi tu, potong bendi Dan masukkan dalam gelas... Isi air panas dalam cawan yg berisi bendi bg penuh, dan tutup atas cawan tu... Esok pg, jaga je tidur, terus minum air lendir kacang bendi tu, yg hampas bendi tu buang jelah... Minum lendir tu saja... Amalkan tiap2 hari tau... 11- waktu sbur keluar egg white, terus kan bersama 2 hari berturut turut, jgn bgun basuh, biar je... Alhamdulillah, setelah iktiar cmtu rezeki sy mengandung... Kiranya dalam 3 bulan cmtula sy ambil masa amalkan petua tu betul2... Selebihnya serah pda Allah... Jgn terlalu stress, santai2 saja, insyaAllah akan ada hasil ya... Haaa, lupa nk pesan, air kosong memang sy minum byk sepanjang sy iktiar tu, jgn lupa consume air kosong byk2 ye....

Baca lagi

hi sis, pertama²nya saya harap sis kuat semangat, dan teruskan berdoa tanpa henti. saya dah kahwin 9 tahun. 2 kali gugur dan sekarang sedang hamil 6 bln plus. ini zuriat pertama kami. doakan urusan kami dipermudahkan dan direzekikan menjadi ibu bapa ya. saya period tidak teratur dan suami kerja sgt² bz.. saya juga obese. sejak tahun 2020, setelah sy amalkan pemakanan sihat, kurangkan gula, dan berjalan kaki setiap hari.. saya dah turun 20 kg. saya lekat 2 kali. tp xada rezeki. saya agak putus asa. tapi lps tu saya cakap.. saya nak hidup sihat dan happy dah dpt pakai baju size L dari xxl. kemudian x lama selepas tu, saya lekat dan skrg sdg hamil.. jadi saranan saya.. 1. jaga pemakanan 2. turunkan berat badan 3. baiki kitaran haid (saya consume ovasitol) 4. mood kena cuba sentiasa happy. 5. doa setiap hari semoga mudah urusan sis dan suami..

Baca lagi

Benda 1st kena buat if dah lama sgt menanti, suami & isteri pegi buat pemeriksaan kesuburan kat hospital @ klinik.. utk semak sekiranya ada masalah yg menghalang drpd dpt zuriat.. Kerapkan bersama suami.. If period regular bersama 12-18hari sebelum hari period. If period tak regular boleh check hari subur guna OPK tapi if ada PCOS saya tak suggest guna OPK sahaja. Saya suggest guna OPK & BBT (if tak tahu BBT tu apa, boleh google & join group BBT Tree kat Facebook) Suami & isteri consume supplement yg boleh support utk matangkan telur ovum & sperm. Saya suggest isteri consume Pregnacare Max Conception (Saya dah 2x lekat sebab consume ini & saya ada masalah PCOS), suami saya suggest Profotil (Tapi mahal & perlu saranan dar Dr. so boleh makan speman if nak jimat) TAPI if suami isteri takde masalah, isteri amalkan je laa folic acid utk persediaan hamil.

Baca lagi

Kami kahwin selama 12 tahun baru dpt first baby tu pun baby PKP sbb work from home + byk masa free. Rasanya mungkin kot berpunca dr inner stress yg kita xperasan, sbb kalau ikutkan kami musim pkp mmg x byk kje sy n suami mmg xkje lgsg company pun tutup kje kami mmg byk guna otak nmpk sng tp byk berfikir kdg2 xperasan stress rasanmcm xde plak stress tp kalau jumpa pakar mereka akan tau tahap mana stress kita. Musim PKP stress xde dkt situlah dtgnya rezeki kami, alhamdulillah skrg tahun ke 15 kami dpt 2nd baby xlama lg. Lagi satu sy n suami amalkan doa2 nabi Zakaria ada 2 doa yg dia minta kpd Allah untuk dikurniakan zuriat. amalkan setiap kali lps solat,itu je. Jumpa pakar untuk cek kesihatan sekurang2nya 2 kali setahun, kdg2 bukan perempuan shj yg bermasalah byk lelaki zaman skrg mempunyai masalah kesuburan. Dapatkan nasihat pakar

Baca lagi

Kalau nak kata tentang iktiar mcm2 jenis ubat sy makan . Mcm2 jenis jus dan jamu sy makan . Berurut sana sini . Last2 sy redha dan sy enjoy dgn hidup sy . Dan sy ingt 1 je . Allah dah bg mcm2 nikmat dekat sy . Mungkin allah nak sy jaga apa yg sy dah ada . Tapi serius hati sy btul2 redha . Sy percaya jnji allah tu . Sy tahu allah syg sy . And last sekali niat sy nak jaga bdn . Sy beli lah jamu royal v bonda alifsyukri tu . Ngam habis botol pertama . Sambung botol kedua . Tapi tak hbis lagi botol kedua tu . Mcm tinggal setengh lagi . Tup tup sy prgnnt . Alhamdulilah skrg road 3bulan . Sy ttc 6tahun . Allah je tahu betapa berbolak balik nya hati ini . Semoga allah kurnia kan zuriat keturunan pada awak aamin2 . Stay strong ok . Percaya dgn jnji allah . Dan belajar redha .

Baca lagi

Tak tahu nak bagi tips/ikhtiar apa, sebab sy pun TTC hampir setahun 2 bulan. Kami suami isteri memang lepas kahwin, berniat kalau ada rezeki nak ada anak secepat yg mungkin, maklum la kahwin diusia 30an 😂. Sekarang sy tengah pregnant, itu pun setelah kami masing² reset mind semula supaya..jangan meletakkan harapan setiap kali bersama. Just enjoy the moment of two gituuu. Bila kami tak fikir sangat pasal anak, terus melekat. Rezeki Allah nak bagi.. Mungkin sis kena kurangkan stress & try fokus untuk amalkan gaya hidup sihat seperti jaga makan, exercise etc. Disamping tu, sis boleh pergi buat ujian kesuburan. Macam sy, sy tak sempat nak buat ujian kesuburan, dah mengandung 🤰 Sy doakan sis dipermudahkan segala urusan & dikurniakan zuriat..

Baca lagi

mcm sy dan suami ttc 3 tahun sebelum ni. kami dua2 check kesuburan dan dua2 normal. Jadi, kami tanya org yg dah berjaya hamil. mcm2 petua dan ikhtiar kami cuba sebelum ni, tapi kami memilih ikhtiar kurma ajwa + susu kambing. sbb sahabat sy yg belajar kt UAE ckp di tanah arab, klu utk kesuburan, penduduk sana guna kurma dan susu kambing saja. bukan buah zuriat. Jadi kami yakin saja Allah akan kurnia zuriat, cuma nk uji kesabaran kami buat masa ni. Kami tambah madu dan habbatus sauda dlm pemakanan harian kami. 6 bulan lepas tu saya disahkan hamil 4 bulan. Alhamdulillah bulan 12 lepas selamat melahirkan penghuni rahim pertama sy. Mcm kes sy, sllu track waktu subur, bd time opk positif, tetap x menjadi. Jadi kami dah masuk tahap redha sebenarnya.

Baca lagi

sya track kesuburan lepas je period, guna upk, stiap pagi air kencing pertama lepas bangun tidow, stiap hri buat opk, lau jmpe line subur tu pudar2 nk ke terang sya bersama dgn suami. sebagai conth awak regular period 7 hri. .tarikh jangka subur tu antara dlm 12 13 14 hri lepas period. penting track hri subur sbb time tu telur dihasilkan. nti sperma senng nk berjmpe dgn sel telur..selain tu sya ada makan jus mamariam dgn baca doa dipermudahkan mendapat zuriat.. yang lain sis kena track dulu period sis setiap bulan tuk cri hri subur, pastu boleh bersama dgn suami(saya track hri subur line opk dah nk terang saya bersama suami 3 mlm. hehe pastu rest 1 hri esok nya bersama lagi. tpi pasti kan suami rest makn benda khasiat )

Baca lagi

sis boleh cuba cara² ikhtiar mommy² yg komen tu...nk kata sya ttc tak...sbb lpas nikah,prgnant cuma blighted ovum...so pantang 2minggu..pantang suami 100..masa pntang suami sya dan suami mkn folic asid hari² xmiss... period sya pun jnis xteratur..sya xbuat opk sbb xreti😅😅...masa nk bersama..suami buat minuman utk diri dia... air susu nestle(bear brand) didihkan smpai mngelegak...tuang dlm cawan+telur kuning ayam kampung+madu(agak²)...pastu suami minum masa suam²....lepas tu lekat... apa² pun semoga diberi rezeki buat sis dan ttc yg lain....xsalah mencuba ikhtiar² yg mommy² lain kongsi selagi xmemudaratkan diri...

Baca lagi

Track OPK dari hari kedua selepas habis period. Mula bersama kalau T line sama atau lebih terang dari C line. Husband dan awak kena relax dan jangan stress dan penat. Selepas bersama, tak perlu biar sampai pagi sebab takut jangkitan. Saya dulu rehat dalam 10 minit dan terus bangun basuh bersih2. Mungkin awak boleh bersama sebelum subuh dan petang/malam. Sebelum subuh sebab masa tu kita fresh dan tak penat. Awak boleh track period dan waktu subur guna apps Premom. Boleh ambik gambar OPK untuk apps tu analyse sama ada awak dah positive atau belum.

Baca lagi