Binatang
Hi mommy... Mommy masa tengah pregnant ni pernah tak sakiti binatang? Pukul sepak atau sebagainya. Ayah saya nasihat tak elok buat binatang masa tgh mengandung ni. Setakat ni saya tak pernah lagi sepak atau bunuh binatang. Cuma kalau kucing mengendeng saya rimas dan saya cuma marah2 je. Kadang terlepas sebab geram sangat. Lagi satu ulat gonggok. Saya geli sangat. Bulu naik meremang dan muka tu mula la naik muka geli2. Kalau dia dtg dkt dgn saya, saya akan amik penyapu dan penyodok dan cmpak kat luar. Ke tanah. Kadang bila saya buat saya risau tentang baby saya. Saya pikir balik adakah benda yg saya buat tu berdosa? ? Kadang bila saya pikir balik saya jumpa kucing tu dan minta maaf. Cuma ulat gonggok tu saya pesan jugak bnyk kali. Jgn la dtg dekat saya. Sbb saya takut akan sakiti kamu. Mommy pernah tak buat mcm ni masa mengandung? Dan anak sihat lepas bersalin? Pikiran saya bercelaru tambah takut. Banyak. Kali saya berdoa agar tiada apa2 pada baby saya. Risau sangat.... ?
mama to MMD and NFA now pregnant ? third baby coming soon?