Anak Sukar Tidur

Hi mommies, Nak bertanya. Anak saya dah masuk 10 bulan. Tapi kurang tidur siang. Ada hari dia merengek, ada hari tak. Dia sukar tidur siang atau nap walau tidur awal. Malam selalu tidur lewat. Kebiasaan lepas masuk bilik dia akan main dulu. Walau dah gelapkan suasana bilik. Mommies ada pengalaman anak-anak macam ni?Ada tips x untuk dapatkan tidur yang teratur?Tidur dia agak terganggu sejak pandai merangkak dan bertatih. Kerana keinginan untuk bermain tu lebih tinggi.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Puan. Puan boleh cuba tetap kan jadual waktu harian dia ya. Contohnya 8-11.30 pagi main makan semua. 11.30 tidur siang sejam dua. Pada mula nya memang akan sukar, puan perlu tidur dan baring bersama anak puan. Cuba pasang ayat ruqyah sewaktu nak tidurkan anak atau selawat sampai anak terlelap. Sambil selawat sambil niat kan nak bagi anak tidur. InsyaAllah boleh puan dan automatic malam anak akan cepat mengantuk😊

Baca lagi