Anak Sukar Tidur
Hi mommies, Nak bertanya. Anak saya dah masuk 10 bulan. Tapi kurang tidur siang. Ada hari dia merengek, ada hari tak. Dia sukar tidur siang atau nap walau tidur awal. Malam selalu tidur lewat. Kebiasaan lepas masuk bilik dia akan main dulu. Walau dah gelapkan suasana bilik. Mommies ada pengalaman anak-anak macam ni?Ada tips x untuk dapatkan tidur yang teratur?Tidur dia agak terganggu sejak pandai merangkak dan bertatih. Kerana keinginan untuk bermain tu lebih tinggi.