UPT 6weeks kadang clear kadang tak 🤔

hi mommies, ada tak siapa2 yang pregnant 6weeks, tapi UPT kadang ada 2 line kadang takde lamgsung? i sure i pregnant sbb dah lewat period dan tk pernah lewat mcm ni, sblm ni pernah miscarriage, i n husband mmg plan nak tambah bby sblm 42thn. Pls advice...nk pi check doc risau plak kecewa sbb awal sgt 6wks kan.

UPT 6weeks kadang clear kadang tak 🤔
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kalau pernah keguguran sebelum ni, dan selepas tu mengandung, sila segera pergi jumpa doctor dan bagitahu sejarah keguguran awak. Doctor akan bantu untuk bagi ubat kuatkan rahim. Apa pun, jumpa doctor dulu untuk sahkan awak pregnant atau tidak.

Boleh try yg ni .. sy lewat period 5 hari .. sy cek laju dan terang naik double line .. doakan kandungan sy sihat ye, ini anak ke dua.. 6 tahun sy dan suami tunggu kehadiran si comel .. si abg selalu tanya bila nak dpt adik ..

Post reply image

sy pun pakai upt jenis ni jgk. seminggu sebelum period dh nmpk samar. lepas lewat dua hari dh pekat double line. mybe lain org lain kesan dia. nak lebih detail boleh terus jumpa doktor

Try pakai test upt lain, sbb sepatutnya makin terang. Atau gi je jumpa doc sbb doc pun akan buat ujian air kencing if positive doc boleh scan

Sepatutnya makin terang sbb level hcg makin tinggi. Boleh cuba upt jenis lain untuk confirmkan atau beli clearblue.

TapFluencer

Test upt awal pagi lpas bgun tido sis.. mse tu hormon hcg tggi, sy hritu 5w mcm tu kot, naik line trang sgt

check guna air kencing awal pagi sis...Sy guna jugak yg ni mnjdi jugak.. tp sy ttp guna yg clear blue jugak

VIP Member

Nak lg tepat test time air kencing pertama. Bgn tidur pagi tu try.

upt ni scam org. pegi beli yg dkt drug store jela

test guna urine 1st wktu bgun pagi..😀