mummy profile icon
PlatinumPlatinum

mummy, Malaysia

Ahli VIPKontributor

About mummy

About my pregnancy journey โค๏ธ

Posts(15)
Replies(340)
Articles(0)

Pengalaman bersalin

22/04/2023 Pagi syawal yang mulia, masa aku bangun tidur, aku g toilet nak mandi tengok ada keluar tanda (keputihan kuning) Selang berapa minit keluar lagi tapi warna bertukar coklat. Package datang dengan sakit pinggang (macam senggugut tp lagi extreme) Aku pun Keluar pergi rumah nenek aku pagi raya dengan rasa sakit yang tak berapa nak heavy. Jarak pun jauh lagi time tu.......... Tengah duduk2, sakit semakin terasa.. lepas g rumah nenek aku tu, aku gagahkan diri nak g rumah mil. Nak jumpa dorang kejap, minta doa sebab rasa mmg nak beranak dah haritu. Balik dari rumah mil, sakit semakin kuat. Tp singah pergi lotus kejap ๐Ÿ˜… mak aku nak g beli brg kejap. Time aku tunggu dalam kereta tu, sakit dia dah takley bawak bincang dah. Dah sudah beli brg tu, terus balik rumah. Aku lak g mandi sebab badan dah berpeluh gila. Lepas mandi sakit dah kerap. Dari 40minit ke 30 minit. 30 minit ke 10 minit. 10 minit ke 5 minit Aku terus ajak laki aku g hosp. Dalam kereta tu, dengar bunyi orang borak pun aku dah tak tahan. Mmg aku suruh diam. Sakit mmg takley bincang. Sakit taramat sangat. Orang mst nak tau, sakit tu mcm mana? Sakit tu bila kau rasa nak berak, nak teran. Tapi kau tahan. Sampai badan kau rasa mengigil n lemah. Sampai je hosp, terus amk wheelchair n laki aku tolak g kat kaunter pac eh. Aku pun tak tau. Sebab aku dah macam org gila atas kusi tu. Sampai je situ, dorang suruh aku bukak seluar nak check bukaan. Time check tu, bukaan dah 8cm ๐Ÿ˜… Staf nurse smua dah klam kabut time tu, sekali time nak buat apa tah, air ketuban pecah ๐Ÿ˜‚ check balik, bukaan dah 10cm haha Terus tolak masuk lr. Masa tu mmg rasa nak berak, nak teran. Aku ckp kat dr, " saya dah tak tahan sangat ni" mmg aku dah tak tahan. Tapi aku tahan sb aku takut kena gunting n koyak. Masa nurse tu suruh aku teran, aku pulak tak rasa nak teran ๐Ÿคฃ siap aku ckp. "JAP, SAYA TAK RASA NAK TERAN" Hahaha, pastu aku pun tarik nafas teran. Nurse tu dalam diam2 g gunting hmm. Tak bg peluang langsung aku bersalin tanpa gunting. Punah harapan ๐Ÿฅน Laki aku yang tadi kat luar, tak sampai 10 minit g turun bawah buat pendaftaran. Naik balik, nurse ckp " TAHNIAH ENCIK, ISTERI ENCIK DAH SELAMAT BERSALIN" hahahhahahaha Laki aku punya tak percaya, dia ckp eh betul ke? Salah orang kot. Nurse siap bgtau nama aku lagi. Bru dia percaya. ๐Ÿ˜‚ Sebabnya kejap sangat. Turun daftar, naik2 dah jadi bapak Alhamdulilah. Sblm aku bersalin, selalu aku berdoa. Semoga Allah permudahkan urusan bersalin aku. Aku nak bersalin normal, tanpa koyak, gunting n jahit. Sampai aku ckp, biar aku rasa sakit contraction, jangan kena jahit. Aku taknak. Tapi dah tertulis rezeki aku rasa kena gunting n jahit ๐Ÿฅน Pengalaman betul. Mak aku ckp aku bersalin koboyyy. Nasib baik tak beranak dalam kete ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… Bagi aku, kalau orang tanya banyak2 sakit, mana paling sakit??? Jawapan dia contraction lagi sakit. Kau dah sakit sangat2, tapi kau kena tahan untuk bukaan 10cm. Sebab taknak koyak sampai ke bontot. Jahit sakit? Sakit gak. Tp dia bius. Kau rasa sakit tu tak ketara mcm kau hadap contraction. Haaa Pape pun, aku bersyukur. Semua nya dah selamat. Kluar sorang anak teruna yang hensem, sihat & cukup sifat ๐Ÿฅฐ Alhamdulilah. Skg ni tengah layan pantang je ni.... ccpat la abis pantang.๐Ÿ˜œ

Read more
Pengalaman bersalin
 profile icon
Write a reply