Hospital Kerajaan

Mommies yang pernah bersalin di hospital kerajaan, jom kongsi pengalaman anda!

Hospital Kerajaan
118 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Teringat masa melahirkan anak 28 Nov hari tu. Saya lahirkan dia secara caesar. Tapi... saya tgah alami pening2 muntah lepas 6 jam operation. Ada seorg nurse berbangsa Iban, sy minta bantuan utk ambil anak sy d katil baby sebelah sy, sbb sy masih susah nak bangun sbb pening lagi. Dia boleh jeling saya dan kata kat sy guna bahasa Iban. Lebih kurang begini lah. "awak operation kena usaha bangun sendiri. Kalau awak tak cuba bangun,nanti takkan nak susahkan org terus, bangun sendiri lah, ambik sendiri anak kamu tu" ... 😭😭😭😭😭😭 Lebih2 lagi anak saya tgah nangis2. Lepas dengar je kata2 dia, saya diam dan dlm hati. Ya Allah, saya sakit, pening. Seandainya saya paksa bangun, ambik anak di sebelah. Apa2 jadi mcm mana. Saya ambik keputusan utk berdiam diri, dan biarkan anak sy nangis jer sambil bercakap dgn dia utk tenangkan dia. Sampailah ada sorg nurse ni, kira dah berumur sikit sbb dia tgah bagi ubat dan cek darah saya jam 4 pagi tak silap. Saya minta bantuan dia, baru lah sy dpt pegang anak sy dan feedingkan dia. Allahuuu.. sejak sy kena dgn kata2 nurse tu sampai sy discharge, sy tak pandang2 dia dan tak ucap terima kasih pada dia. Nurse yg lain2, saya ucap terima kasih masa nak balik tu.

Baca lagi