23 Balas

Tepuk dada tanya selera. Mmg suami akan ckp mampu untuk tanggung ke semuanye, tp percaya lah awak akan rasa perbezaan antara duit suami bg & duit sendiri yg kita dpt bulan2. Ini belum exclude kalau ada tekanan di rumah, suami akan naik kepala dan ckp die provide semua di dlm rumah & die expect kita buat semua. Lg2 awak akan ada anak lpas nie, x kn setiap kali nk beli apa2 untuk anak nk minta pada suami. Yes, mmg itu tanggungjawab si suami, tp kalau that time suami x dpt provide, x kn kita x beli pula untuk anak kita kn. Sy rasa semua ibu2 yg bekerja pun hadapi juga alahan nie, cuma kuat dan x kuat saja lah. Apa2 pun makanan nie kena try n error, x boleh mkn buah saja, mmg bdn kita akan lembik. Sy dulu masa preggy pun alahan teruk sampai bersalin, sy bekerja, asal mkn muntah saja, nk x nk sy paksa juga makan, x pe lah muntah pun muntah janji sy dah isi perut. N yeap sy pun berat asyik drop saja sbb alahan teruk. Tp bila mengenangkan dpt duit setiap bulan tu yg syok rasanye 😊 setiap minggu list down apa nk beli untuk baby. Bab tekanan kerja tu mmg x dpt nk dielakkan, kebanyakan bos mmg akan buat hati kering, but u have to be strong. X kn sbb tu saja nk berhenti. Mcm waste saja lah. U just do ur job, kalau bos bebel ke apa masuk telinga kanan keluar telinga kiri, sharp waktu balik, balik, every month dpt gaji. Just think positive awak. Enjoy pregnancy nie. Enjoy alahan tu semua sbb next awak x akan tahu bila awak akan experience semula phase2 nie. Talk to ur baby & pamper urself dgn pergi saloon ke, buy small treat for urself ke. Sy doakan semoga pregnancy journey awak berjalan dgn sempurna. ❤️

TapFluencer

Walaupun dulu saya kerja swasta , sebelum kena transfer dapat supervisor yang memahami semua okay kalau siapa2 mengandung . Bahagia , berat naik banyak kena marah . Lepas kena transfer tempat baru , berat turun dan stress sebab supervisor (lelaki) dan assistant dia (perempuan) yang bagi saya kerek . Kebetulan kena transfer tu saya dah 3rd trimester , alahan teruk keluar masuk emergency . Bila minta cuti tak bagi , katanya org lama perlukan lagi cuti . Then bila saya mc kerap salahkan saya sebab alahan . Saya ingat lagi diorg cakap “dahtau mengandung ada alahan jangan mengandung , merancang lah” diorg anak ramai , kita ni nak boleh first anak pun ttc jugak dah la pjj . Lepas tu saya resign sendiri drpd kena berhenti , diorg bagi pilihan dan suami transfer sini . Dipermudahkan betul , sekarang anak nak 3 bulan rasa nak kerja balik bila dah terbiasa kerja ni 😂 . Saranan saya , jangan takut untuk resign bila awak tak larat tambah benda yg buatkan awak stress . Awak kena happy untuk berat naik , baby sihat . Keluar riadahkan diri dgn baby tu . InsyaaAllah . Ada ja rezeki lepas bersalin ni . Rezeki anak lagi .

Maaf, pd pndapat sy better sis resign dulu.. pcaya pd rezeki Allah.. duit n kerja bila2 kita boleh cari.. anak ni anugerah yg tak ternilai.. Sy pun resign msa kndungan dh 7 bulan.. msa awl2 mgandung sy dh kena covid.. berat turun 4kg sbb xlalu mkn apa2.. mkn buah2 je.. teruk jgk dugaan sy msa mgandung ni.. klu ikutkan dr awl sy nak resign tp berat hati lama jgk sy buat kputusan.. ikutkan hati mmg xnak berhenti, kwn2 pun slalu ckp sygnya bhenti, sbb sikit lagi je nak bertahan smpai bersalin.. tp sy ada anemia hb low sgt slalu letih slalu ambik mc smpai 2 kali penah warded sbb jntung sy n bby lemah.. smpai pnh kena msuk darah.. dr awl mgandung smpai skrg kena jmpa doc 2 kali seminggu sbb hb low.. masa tu sy dah tak peduli apa org ckp, sy cuma fikir anak dlm perut je.. kita sakit dia pun sakit.. lagipun sy rancang nak fully bf dia lepas bersalin.. klu keje agak ssh nak fully bf.. Allah dah bagi jgn kita sia2kan, bila dia tak bg kita sedih.. Sis percaya pada rezeki Allah.. inshaaAllah semua perancangan Allah tu terbaik utk kita.. ❤

dah confirm perkhidmatan ke ? kalau dah, mohon cuti tanpa gaji. kalau belum, bincang dgn pegawai atasan kalau awk nk mohon ctg macam mana sbb takut effect penilaian awk untuk confirm perkhidmatan. semua bergantung pd budi bicara. saya masuk govt pon masa saya pregnant 5 bulan tak silap saya, saya pon bnyk problem gak kat kandungan. berat tak naik, gdm on diet, hb low, bp problem sama je cam awk. skrg saya dah 33w dahh. saya pon kerja lain daerah, suami tanak pjj so berulang hari2. awk boleh mohon pertukaran. awk federal atau state ? kalau federal boleh call putrajaya untuk pertukaran. kalau state mohon kat negeri awk berkhidmat. kalau takde kekosongan, try cari yg nak tukar. tak silap saya dipanggil 3 penjuru kann. saya dulu pon suami mampu, masa saya berhenti kerja swasta masatu baru terasa kita susah bila tak boleh pegang duit sendiri, walaupun suami boleh je bg duit dan ckup je bg makan tp rasa dia lain tauu. lg satu akan ada turun naik dalam kewangan keluarga ni.

Kalau dah ada simpanan seperti 6 bulan gaji. Boleh berhenti. Tapi jangan buat sesuatu keputusan tanpa menilai impak dibelakang hari. Ambil CTG dulu, kepilkan sekali rekod kesihatan yang menunjukkan awak tak "fit for work". Lepas tuuu cuti sampai dah bersalin. Then sambung balik kerja. Sebab kerja dalam kerajaan nie lebih "open" dari kerja di swasta. Yang mana untuk pihak swasta akan diberi untuk habiskan cuti AL, UL dan MC sahaja. Nak lebih kena hospitalized. Sebab tu untuk berhenti dalam kerja swasta, hanya perlu notis dan tempoh service dalam agreement letter. Senang untuk keluar berbanding kerajaan yang akan memberi effect pada nama awak. Rezeki Allah yang punya. Kalau tak tahan dan berhenti adalah satu solusi. Boleh berhenti. Yang penting awak dan baby sihat sentiasa. Jaga diri okay. Stay safe and healthy!

mintak tukar. or unpaid leave dulu. tapi kalau keje jenis work overloaded. better resign. sye kje swasta work overload, so resign je. mula2 tkut x ckup duit apa semua. tapi tu lahh. semua cukup makan. takat sesak sikit tu biasa la. as long as husband pandai carik duit, rajin usaha nak suap bini makan, xde mslh. and sye pon ade je join agent. so dpt la kt situ duit sendiri. buat duit nak beli kudap2 ke. buat simpan sikit2. now dh 29w. and husband mintak duduk rumah terus. xyah kerja, biar dia yg kerja carik duit. planning mybe after 1y bersalin nnti, sye amek class make up or sambung bisness bakery balik. atleast kerja dri rumah. anak membesar pon dpn mata. duit pon msuk jugak.

Ni pndpt sy sbg peg govt juga. bg saya puan apply la cuti tanpa gaji (CTG), jgn berhenti dlu. Sebab sekarang ni bukan senang nk dpt kerja esp dgn gov sis. Puan apply la dlu smpai puan bersalin. Saya faham emosi kt mmg xstabil dlm tempoh ini.. Puan guna kan dlu CTG ini, klu ada surat doc, bole juga apply cuti separuh gaji. Ini just pendpt sy la sbb service sy berkait dgn HR juga.. Better guna kan kemudahan ini.. Apa2 pun terpulang kpd puan tau. Jgn stress2 na, take care☺️

Surat doktor dan berbincang dgn org berkenaab dahulu , lihat apa pendapat mereka dgn syarat tmpt kerja

Pendapat saya, resign dulu. Memang susah nak, dapat kerja sekarang tapi percaya rezeki tu luas kalau kita usaha. Sebabnya bahaya kalau effect mental kemudian hari. Baby pun akan stress nanti. Saya sebagai orang yang ada depression & anxiety attack sangat susah nak pulih. Bergantung pada ubat, seksa ada masa macam, orang gila. Bagi saya utamakan mental kita❤️ Mental sihat inshaAllah lainlain berjalan lancar. Suami awak pun tak kisah kan? Apapun semua terpulang pada awak. Semoga dipermudahkan segala urusan ya. Masa pregnant ni memang sangat memerlukan bantuan dan sokongan fizikal mental. Jaga diri 🌼

Bagi sya kan..mybe kena apply cuti pnjg half gaji ke..sbb skrg kita rsa nk resign kan nnti bila emosi dn kesihan dh okey kita akan raa menyesal ...sbb bukan apa zmn akhir zmn xtahu apa akan jdi ke depan.better perempuan kita kena ada hasil dan kerjaya supaya bila apa berlaku kita masih ada base utk build semula. Tapi apa2 kalau ada another pilihan .. pilih yg terbaik utk diri kita dan bkl anak ..semoga dipermudahkan رَبِِّي يَسِِّرْ وَلاَ تُعَسِِّرْ وَتَمِِّمْ بِالْخَیْر

lebih baik mohon utk cuti tanpa gaji dlu sbb mmg skg nak masuk sektor gov mmg sgt2 susah . suami walaupun bole support , xkan sm dgn income sndri yg dh biasa kerja dr bujang . dr apps ni puan bole lihat , ramai ibu2 yg mulanya bekerja ttpi berhenti then akhirnya menyesal sbb suami mula2 saja dpt support . lgpun kalo dh quit keja gov susa nak masuk balik . kalo cuti tanpa gaji masih ada harapab utk masum kerja balik . puan try laa ctg , tgk mcm mna keadaan nya nnt .

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan