UTI / Kencing kotor

Hi mommies! Siapa sini pernah kena kencing kotor/uti? Kencing mcm tak lawas, rasa nak kencing je manjang tapi keluar sikit je 😭 skrg 13w. dh pegi klinik dpt antibiotik and dah habiskan, tapi still tak ok lagi. Skrg kencing pun dah start pedih. HELPPPPP 😭

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

UTI atau jangkitan saluran kencing boleh menjadi sangat tidak selesa dan sering berlaku semasa kehamilan. Walaupun antibiotik dapat membantu, kadang-kadang mungkin diperlukan rawatan lanjutan. Untuk menangani gejala UTI semasa hamil, anda boleh melakukan beberapa perkara seperti meminum banyak air, mengelakkan minuman berkafein, dan bersantai. Selain itu, pastikan untuk meminta nasihat lanjut daripada doktor anda jika gejala masih berterusan walaupun selepas mengambil antibiotik. Jika gejala pedih ketika kencing berterusan, ia mungkin menandakan masalah lain seperti jangkitan kandung kemih yang bertahan. Anda juga boleh cuba mengambil jus cranberry asli yang telah terbukti membantu mencegah jangkitan saluran kencing. Pastikan anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan penjagaan perubatan yang betul dan cuba untuk mengelakkan jangkitan saluran kencing pada masa akan datang dengan minum air yang mencukupi, menjaga kebersihan, dan berkongsi sebarang kebimbangan dengan doktor anda. Semoga pemulihan cepat! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

saya pernah kena masa anak 1st. memang kena banyak minum air kosong sampai terkencing². dalam sejam tu mesti kencing 1-2 kali. cuci bersih dah lap kering² setiap kali lepas ke toilet. itu je cara saya buat. lama² hilang

Saya baru semalam doc kata kencing kotor. 3kali urine test. Semua ketone tinggi. So doc bagi antibiotic dan suruh minum air masak banyak-banyak. Saya rasa memang saya ni kuat minum air masak dah. Tapi tak cukup agaknya.

saya pun kena UTI masa 9weeks haritu, lepas seminggu amal minum air barli alhamdulillah result urin normal balik. try la minum air barli sis, sambil2 tu jgn lupa banyakkan minum air masak jugak.

VIP Member

kena bykkn minum air kosong.. blh try beli jus cranberry bagus tuk yg alami mslh kencing kotor dan jgkitan pd saluran kencing..mg puan cpt sembuh dan dpmudahkan segalanya Allahuma amiin

Sy selalu minum air barli without gula. Dan elak mkn/minum benda manis. Lebihkan air putih

minum cranberry .. boleh amalkan air barli ... air barli kosong tau .. memang menjadi