kontraksi sebenar atau braxton hicks

Hi all mommies, saya 35 minggu 6 hari, sejak 2 3 hari ni perut kerap mengeras dan sakit macam nak sengugut. tapi xlama sekejap je dalam 5 -10 minit mcm tu. lepas tu esoknya macam tu juga. tu tanda kontraksi sebenar atau braxton hicks sahaja? saya hamil anak pertama

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

kalau sakit tu makin lama makin kerap sila g hosp ya. saya dulu perut mengeras then rasa sakit macam senggugut tu, dari setengah jam sekali terus tukar 10-5 minit sekali. makin lama makin kerap sakit dia. then g hosp dah 4 cm. sejam lepastu 7cm terus

3y ago

takde, waktu 7cm tu saya start meneran ada keluar macam air + darah. lendir darah keluar seminggu sebelum😂