Berita Kehamilan

Mommies, jom kongsi pengalaman anda beritahu suami selepas disahkan positif ujian upt!

Berita Kehamilan
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

3 tahun lebih TTC, setiap kali lewat period mesti check UPT. 😊 walaupun tahu memang tak mengandung, tapi nak jugak check. mana tahu ada rezeki. berulang-ulang la 3 tahun lebih tu. berurut, diet. semua buat. suami siap pi umrah nak doa moga dikurniakan kami zuriat. satu hari, suami balik muka sedih. "kawan-kawan abang semua nak jadi ayah je. kite je belum syg. 😢" masa tu, saya lagi down. sebab selama ni kalau saya down, suami yg bagi semangat. ni dia down. semangat sy hilang. so saya cakap kat suami "abg okey ke kalau kita tak ada anak? okey ke kalau kita hidup berdua je sampai tua?" dia setuju. so bermulalah fasa give up. sebelum ni beli upt banyak-banyak dekat shopee. kebetulan masa give up tu, upt dah habis. tiba-tiba rasa breast bengkak & lenguh macam senggugut. buat biasa jela, sebab tu memang tanda kalau period nak mai. so abaikan. tup-tup period lewat 2w. bengkak breast rasa lagi. tp sengugut tu jd sakit. so ajak suami g klinik, nak mintak pain killer. sampai klinik cerita apa yg jadi, siap bagitahu nak pain killer je. 😅 doktor tanya, dah check upt? menipu la jawab dah check, negatif. tapi doktor still nak scan dulu. haaa. sekali doktor cakap "ada baby niii. ni ada kantung" boleh pulak saya jawab balik "jangan tipu la doktor, tak kaaan la ada baby" doktor tunjuk la kantung baby masa tu baru 4w. keluar bilik doktor, terus sengeh-sengeh. "awk mengandung ke sayang?" soalan pertama yg suami tanya. terus angguk & menangis macam org gila. 😂 terharu. suami? jadi kerang busuk. sengeh je.

Baca lagi
6y ago

Syoknya bacaaaa 😍😍😍