JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!
Mommies, jangan ketinggalan untuk berpeluang menang t botol bayi yang eksklusif ini. Klik di sini: https://community.theasianparent.com/contest/botol-bayi-dari-he-and-she-untuk-dimenangi/1438


Resepi Pencuci mulut ringkas n simple yg selalu saya buat ialah 😊 Sagu gula melaka..Makan sejuk2 lagi sedap😋 Bahan-bahan:Sagu,Air,Gula melaka,Daun pandan,Susu cair,Pewarna. Cara-cara: Sagu direndam seketika bersama air sehingga kembang sikit. Kemudian cuci sagu sehingga air jernih. Masukkan sagu tadi ke dalam periuk dan masukkan air seinci dari paras sagu. Masak sagu atas api, kacau supaya sagu masak serata. Jika sagu sudah jertih tiada biji-biji putih, sagu sudah masak. Kaup sagu, masukkan dalam penapis kemudian lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang lebihan kanji yang mengembang semasa masak tu. Kemudian masukkan pewarna jika suka. Dan ketepikan. Cairkan gula melaka bersama sedikit air dan daun pandan. Ketepikan. Untuk menghidang, masukkan gula melaka yang dicairkan tadi. Kemudian masukkan sagu berselang seli. Akhir sekali masukkan susu untuk dapatkan macam 3 layer tu.Siap!🥰😋
Baca lagi