JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!
Mommies, jangan ketinggalan untuk berpeluang menang t botol bayi yang eksklusif ini. Klik di sini: https://community.theasianparent.com/contest/botol-bayi-dari-he-and-she-untuk-dimenangi/1438
resepi Yang saya nak kongsikan ialah Variety Bowl ✨ disebabkan alahan Yang teruk,saya tak dapat nak masak so saya sharekan resepi Yang mudah untuk Ibu Ibu ye. 1.vanilla ice cream 2scoop 2.strawberry/Pisang/manga/kiwi/apple (potong cube besar besar) 3.Nestum 1 sudu besar 4.cornflakes 1 sudu besar 5.yogurt 2 sudu besar (original/plain) 6.Madu 1 sudu besar 7.kekacang (optional) *buah buahan Tu optional,boleh mix semua atau pilih pilih. Boleh add on Jenis Jenis buah Yang Ibu Ibu suka makan. untuk extra masam boleh gantikan madu dengan lemon juice. Cara Cara penyediaan mudah sahaja.. just letak je semua bahan Di atas..Deco sikit Kasi cantik and dah ready untuk dimakan. Yang penting berkhasiat🥰
Baca lagiSaya suka buat dadih. Anak pun suka dadih. Lagi-lagi kalau mkn sejuk2 tu kan. Laju je dia nganga mulut. Ini resepinya. Bahan-bahan: 1 peket serbuk dadih buah-buahan (perasa ikut pilihan) 1500ml air 200ml susu sejat 50g gula halus Acuan puding secukupnya Cara-cara membuat Puding Dadih Buah-Buahan : Masak air bersama susu dan gula hingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan serbuk dadih. kacau rata. Masukkan gula buah-buahan ( ada dalam paket serbuk dadih ) dan terus kacau.Matikan api. Tuang adunan puding ke dalam acuan kecil hingga habis dan sejukkan. Kemudian simpan di dalam peti sejuk Siap untuk dihidang.. *Jika suka boleh dihias puding dengan buah segar yag dipotong kecil atau buah koktel.
Baca lagiSAGU GULA MELAKA🌸 -------------------------------------------- Masukkan sagu dalam periuk ( tak perlu basuh sagu ) dan masukkan air dalam, kemudian masak atas api macam biasa..sentiasa kacau supaya sagu masak serata...bila sagu dah jadi jernih takdak biji2 putih maknanya dah masak. Kaup sagu masukkan dalam penapis kemudian lalukan dibawah air paip yg mengalir untuk buang lebihan2 kanji yang mengembang semasa masak tu. Dah selesai biarkan sekejap supaya air keluar sepenuhnya..kemudian bolehla dimasukkan pewarna sekiranya suka ya. . 1. Masak gula melaka bersama sedikit air dan daun pandan. 2.Susu cair. Boleh letak dalam cawan dan simpan dalam peti sejuk, sedia dihidangkan. Selamat mencuba🌸
Baca lagiAssalamualaikum hai parents 🥰 untuk pencuci mulut pilihan keluarga kecil saya , ank2 dan husband suka SALAD MACARONI ❤ Ni antara bahan saya guna kan .. Macaroni Nata de coco Mix fruit Apple Grapes Susu pekat 1/2 Susu Cair 1/2 Mayonise 1. Rebus macaroni hingga masak , toskan dn ketepikan tggu hingga maccaroni tadi sejuk 🤗 2. Masukkan buah2an campur dn apple , anggur yg dipotong dadu dn nata de coco tadi 😊 3. Kemudian boleh la masukkan susu pkat dn cair kita bersama dengan mayonise kita .. Rasa dia ikut selera kita ehh , nak manis boleh tambh susu pekat lebih sikit .. thenn gaul hingga sebati .. Mudah Dan Cepat 🥰🥰🥰 Hidang sejuk sejuk lagi mantapp SELAMAT MENCUBA 🤗
Baca lagiResepi pencuci mulut yang amat² dasyat mudahnya dan juga ringkas 🥰 🍈*Sagu Honeydew*🍈 1/2 biji honeydew 1/2 cawan sagu 1 tin susu cair 1 cawan gula pasir 1 cawan air Ais batu 👩🍳Cara-cara : 1. Rebus sagu hingga jernih, jangan lupa tapis dan bilas untuk buang lebihan kanji pada sagu. Kemudian toskan. 2. Potong dadu isi honeydew / melon scoop 3. Masukkan gula pasir dan sedikit air dalam periuk.Masak hingga gula larut 4. Masukkan sagu dan susu cair ke dalam bekas yang berisi honeydew tadi. Masukkan air gula, tahap kemanisan terpulang pada masing² 5. Masukkan ais & tadaaa, sedia dihidang Selamat mencuba & menjamu selera,🤤 kongsikan resepi ini sekiranya bermanfaat 😉
Baca lagisay suka buat puding telur caramel. mudah dan cepat. PUDING TELUR CARAMEL 4 BIJI TELUR 6TBS GULA KASAR 1 TIN SUSU CAIR 1 TIN AIR (GUNA TIN SUSU TADI) 1 TS ESEN VANILLA 1TS GARAM PANASKAN GULA DENGAN API PERLAHAN, TUNGGU SEHINGGA GULA CAIR DAN AGAK SEDIKIT KEEMASAN LETAKKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA CAPAI TAHAP CARAMEL YANG KITA NAK. LETAK DALAM LOYANG DAN RATAKAN SELURUH LOYANG. SIMPAN DALAM PETI SEJUK. PECAHKAN TELUR, SUSU CAIR DAN AIR. KACAU SEHINGGA SEBATI, MASUKKAN GARAM,ESEN VANILLA DAN KACAU LAGI. KALAU NAK MANIS LAGI BOLEH TAMBAH GULA. KEMUDIAN TAPIS BANCUHAN KEDALAM CARAMEL TADI. KUKUS SEHINGGA MASAK. SIMPAN DALAM PETI SEJUK DAN NIKMATI KETIKA MASIH SEJUK
Baca lagiNugget ayam dellicious marvellouus😍 *Bahan-bahan : ✅isi ayam setengah kilo ✅lobak merah 2 batang ✅daun bawang ✅telur 3 biji ✅lada sulah ✅sedikit garam ✅serbuk perasa (optional) *Cara-cara : 🌷Masukkan isi ayam, lobak merah dan daun bawang dalam pengisar /blender 🌷Masukkan garam, lada sulah, serbuk perasa (optional) 🌷Masukkan sebiji telur dan kisar bahan-bahan tersebut 🌷Setelah hancur tuangkan dalam loyang/bekas, kemudian kukus sehingga masak 🌷Setelah masak, sejukkan dan potong ikut bentuk yang disukai 🌷Celupkan dalam telur, dan goreng dalam minyak yg sederhana (macam goreng bergedil) 🌷🌷 Siap,selamat mencuba!!! ❤️❤️❤️
Baca lagisaya buat sagu gula melaka sebagai pencuci mulut..sedap di makan apabila di sejukkan.. baha-bahannya : ☆sagu ☆gula melaka ☆susu cair ☆daun pandan ☆air ☆gula pasir ☆pewarna makanan(ikut masing²..kalau taknak letak pon boleh) ☆Bekas untuk isi sagu gula melaka Cara²: 》masukkan air kedalam periuk..Biarkan mendidih..Masukkan gula melaka ke dalam air yang mendidih..Masukkan daun pandan kedalam air gula melaka.kacau sehingga gula melaka cair.tutup api dan biar sejuk. 》Masak sagu ..biar sehngga sagu betul² masak.bila sagu dah masak..tutup api dan biarkan sejuk. 》masukkan sagu kedalam bekas ..masukkan air gula melaka..masukkan susu cair 》siap
Baca lagiCREAMY YOGURT FRESH FRUIT 📌Bahan - bahan : •1 cawan strawberry, dibelah dua •6 biji mandarin, dikupas kulit •2 biji pisang, dikupas kulit dan dipotong •5 biji kiwi, dikupas kulit dan potong dadu •1/2 cawan blueberry •1 cawan blackberry •1 cawan rasberry •2 sudu makan madu •1/2 cawan greek yogurt 📌 Cara- cara : Campurkan kesemua buah ke dalam satu mangkuk besar. Kemudian masukkan madu dan yogurt. Gaul sebati. Sedia dimakan seisi keluarga. Dihidang sejuk bertambah yummy !🥰 MENU PENCUCI MULUT YANG RINGKAS & MUDAH UNTUK SEISI KELUARGA. MALAH SIHAT DAN SEDAP DIMAKAN BERSAMA ❤️ Jemputlah mencuba resepi ini ....
Baca lagiSaya suka buat bubur sumsum topping buah naga / buah mangga..ni resepi dia boleh follow : 1) Buah naga @ buah mangga 2) Tepung beras 3) Susu full cream 4) Air 5) Buah kurma (kalau untuk baby steamkan dulu & buang kulit supaya tak melekat bila baby nak makan) Masukkan semua bahan (agak² sahaja tuk berapa org makan) jangan bukak api dahulu. Kacau² sampai sebati baru bukak api slow. Masak sampai bahan² semua pekat or sampai tekstur yg mummy² nak. Dah siap sejukkan & add toping buah naga@buah mangga tadi. Topping tu nak blend boleh tak nak pun boleh. If untuk baby blend la hehe. Masukkan dlm fridge & makan sejuk² baru sedap. Selamat mencuba mommies.
Baca lagi