My baby detected ada sign of Down syndrome

Hi mommies, I’m 21 weeks pregnant today. This is my first pregnancy. I buat detailed scan last two weeks which was during my 19w. Masatu scan normal je but yesterday clinic panggil utk rescan sbb ada yg tak nampak. So smlm datang, and my heart broke into pieces lepas diberitahu yg my baby punya tulang hidung pendek (short nasal bone) yg merupakan tanda Down syndrome. I was speechless taktau nak cakap apa. Clinic suruh refer ke pakar. I dah buat appointment dgn HKL and dpt appointment tomorrow pukul 8AM. I’m so nervous to know more. Sebelum tahu tentang signs of Syndromic babies ni, I dpt tahu yg I ada GBS positive. Tu pun I dah luruh jantung dgr sbb bahaya juga GBS ni jika tak ada tindakan awal (diberi antibiotics sebelum bersalin pd mommy) kerana baby kena bacteria bila dia lalu birth canal dan ada banyak risiko kesihatan boleh terkena pd baby. Skrg.. ni pula. Ya Allah tak kuat rasanya nak hadap semua ni 😭 Tolong doakan I dear mommies. Ada mommies yg ada pengalaman tentang ni tak? I sedih tak terkata lg lg it’s my first baby and I’m just 25 years old. I hanya mampu berdoa pd Allah.

My baby detected ada sign of Down syndrome
137 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun masa pregnant yg first masa scan semua nampak normal.Bila selamat bersalin; Dr.kata "Down ni".Saya terkedu sekejap..tanya Dr. maksud "Down" sbb dia lemah ke apa?lps lahir xmenangis langsung..senyap je.Dr.cakap "Bukan kak..baby ni Down Syndrome".Saya diam jelah kan.Terima dgn hati terbuka sbb semua ni rezeki dari Allah juga. Insya Allah kalau kita bersikap positif dan kuat depan dia,dia pun akan kuat macam kita.Memanglah awal2 dulu budak2 ni dia sensitif dan ibarat hospital rumah ke-2 dia, apooinment banyak nk kena check up niat dlm hati kena kuat utk support perkembangan dia. Biasalah mulut orang akan berkata macam2, cuba bersikap sentiasa positif dan percaya anak kita pun mampu buat macam kanak2 yg lain mungkin lambat dia punya perkembangan.Jangan lupa join group support apabila kita dikurniakan anak istimewa ini.Hanya geng sekasut je yg lebih memahami apa yg sedang kita lalui.Mcm dlm FB:Bunga-Bunga Syurga Syndrome Down Malaysia (BBS).Setiap tahun dia akan buat perjumpaan dgn ahli2 di tempat yg ditetapkan. Boleh eratkan silaturrahim antara ibu bapa dan anak2 Syurga sekali.

Baca lagi