kata kata semangat dan nasihat please

hi mommies, boleh tak bagi saya kata kata semangat. saya sebenarnya stress dengan mak saya sendiri. mak kandung ye bukan mak mertua ke apa. nnti inshaallah bulan 5/2024 saya akan melahirkan anak no 2. and mungkin mak saya la yang akan jaga saya masa pantang nnti. saya kalau boleh taknak mak saya jaga. sebab nya masa saya pantang anak first, stress sangat saya masa berpantang 😔 ada sehari tu saya menangis sebab kena jerkah dengan mak sebab cara saya pegang anak salah.. masa tu saya pantang hari ke 7 tak silap. mmg baru sangat sangat keluar hospital. lepas kena jerkah tu saya terus masuk bilik menangis. saya menangis sebab saya terkejut, mak saya jerit kuat sangat. berdebar debar hati saya time tu. sampai sekarang saya masih ingat kes tu. yang kedua nya, dia tak bagi saya makan buah orange. yela macam yang kita tahu, buat orange sangat bagus utk sembuhkan luka. tapi mak saya tak bagi makan punca anak kembung sbb saya breastfeed. tapi saya banyak google menu berpantang mostly semua nya ada buah orange. and luka saya dah habis pantang pun masih sakit sakit. and satu benda paling saya tak suka mak saya suap air suam kat anak saya. katanya sebab anak sya haus and masa tu saya takda susu sbb baru 2 hari mcm tu beranak. saya nak topap fm seboleh boleh dia tak bagi. sampai berat anak saya drop. masuk nicu. saya rasa trauma sangat nak pantang dengan mak saya. tapi saya tak tahu mcm mana cara nak cakap dengan mak saya yang saya taknak dia jaga saya and anak saya. saya hargai niat baik mak saya, tapi saya mmg prefer jaga sendiri. lagi pulak skrg ni mak saya duduk serumah dengan saya. mmg dia akan jaga, saya rasa nak berpantang kat hotel sebab hati tak tenang kalau mak saya jaga. lagi lagi bab bagi anak saya minum air suam tu. allahu menangis saya time pantang tu, sbb stress sangat anak saya kena suap air masak. and sekarang ni pun, anak saya yang first ni baru umur setahun lebih mak saya suap dia air kopi jantan la apa la. stress nya saya rasa nak lari, tapi ni rumah saya. macam mana ya nak berhadapan dengan mak saya ni. saya taknak nnti saya stress masa pantang anak kedua.

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Cuba awak bincang dahulu dgn mak awak. Ckp yg awak x nk berpantang cara mak awak. Kalau mak nk tolong okay, tp this time ikut pula cara berpantang sy. Jgn kata itu x boleh ini x boleh, biar sy yg tentukan apa yg boleh apa yg x boleh. Kalau mak tanya knape, awK bgtahu reason2 yg awak x suka tu. Tp make sure awak kena bertegas lah. Ckp apa yg x puas hati masa berpantang anak sulung dahulu tu dan juga skarang yg mak main suap sahaja kopi jantan kt anak sulung 1 year. Kalau suap air orange jus faham lah juga, nie kopi jantan, nk kuat apa bendanye budak 1 tahun. Mak nk terasa ke, terasa je lah, dah mmg realiti skarang nie baby bawah 6 bulan x dibenarkan bg air suam. Doktor dah bgtau mcm tu. Kalau sy bab2 pasal anak sy mmg kena tegas dgn org sekeliling. X kisah lah mak sendiri ke, MIL ke.. Kita hidup zaman skarang. Bukan mcm dulu2 ye lah semua persekitaran x dicemari x de penyakit2 nie. Mungkin husband awak pun boleh main peranana dan tambah2 la sikit ckp lpas nie biar husband pun get involved uruska baby ke 2 nie. Mak duduk sahaja diam2 buat apa mak nk buat. Kalau awak dan husband perlukan bantuan die, than let her know earlier. Try dulu awak.

Baca lagi

🤦..air kopi jantan bg bb.klau sy d tmpt sis sy berkeras dgn pendirian bkn bermakna lawan. maksudnye awk kena tegas..cakap apa y betul n y xblh..bgthu ada garis panduan pasal air masak.nak xnak awk kena berani bersuara y awk nk bt sendiri.klu x gitu lh awk duk tgk mak bt mcm2 kt ank awk.sbb org tua ni berbeza ngn kite..dieorg dlu x d dedah dgn info or maklumat.jd dieorg pakai y dieorg jelh..contoh aku bela ank dlu xpe je bg itu ini..hidup je.bile pegang y tu dieorg akn bt jgk kt cucu.pngalaman sy dlu tp mil..ank sy kembung die g beli ubt kt kedai cine..ubt mcm majun bulat2 halus Suh hancur dlm air bg mnum bb dlm pantang.mcm nk gile sy nk hadam menda karut.tp sy tegas..sy nngs depan suami sy xnk smpai masam muka..tp xpelh janji ank sy sihat..klau jd pe2 kt bb mgkin dah gile kot sbb ank y pertama meninggal..so y kedua tu y lama harapkan..jd biarlh sy bertegas

Baca lagi
5mo ago

baik sis. semoga saya diberikan kekuatan nak tegas dengan mak saya. sebab pasal air suam tu pun saya pernah jugak tegur ckp kenapa bagi air suam, baby tk boleh minum air suam tapi tula jawapan org tua tua 'dulu aku bagi korang membesar je smpai skrg'.. hmm saya mmg nak tegas dgn mak saya, tapi saya tak tahu mcm mana. pasal mak saya ni kuat sentap. dia mmg rasa dia la terpaling betul dalam segala benda. kesian anak saya disuap air kopi jantan walaupun sesudu dua, kkdg air kopi O. haihhh saya tak tahu macam mana nak tegur. mak saya ni jenis ketegaq. saya tegur pun dia buat dek je.

hm mcm mana ye. Cuba bagitau Mak apa yg kita nak. cakap dulu "bukan nak belakangkan orang yg lebih berpengalaman tapi ilmu ni kita kena sentiasa perbaharui. so boleh tak Sy nak berpantang cara Sy sendiri"