Tolong ๐Ÿ˜ญ Nak tahu cara-cara berpantang sendiri

Mak mentua saya tiba-tiba suruh cancel CL. Saya dah book CL sejak mengandung 5 bulan lagi haha Ni esok lusa dah nak beranak tiba-tiba dia suruh cancel ๐Ÿคง๐Ÿ’†๐Ÿป Dia tak berapa percaya sangat orang luar ๐Ÿซ ๐Ÿซ  Dia surirumah tapi dia ada kedai sendiri so most of the time dia banyak jaga kedai.. saya tak pasti macam mana dia nak jaga saya ๐Ÿ˜… Mak sendiri ada tapi saya tak tergamak nak susahkan mak saya sebab dia pun dah bertongkat.. tak berapa larat menjaga.. sebab tu la saya upah CL selama 21 hari, at the same time husband boleh belajar sikit.. Jadi ada tak ibu-ibu yang berpantang sendiri? Macam mana nak pantang sendiri? ๐Ÿ˜ฃ Kena beli apa? Kena buat apa ๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž Kesian suami saya dia pulak stress kena bebel dengan mak dia ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis!!! Dah berpantang ke belum lagi?? Kalau belum lahirkan baby lagi, JANGAN CANCEL sis. Untuk jaga mental dgn emosi awak jugak. Lebih baik orang luar dari MIL yang jaga walaupun dia offer utk jaga. Mcm my husband suruh mil jaga I, mil xde cakap apa2 dia yang nak mak dia jaga I. I said directly NO. I tak nak. I nak CL. I tak nak berpantang dekat rumah mil. I dah book sendiri CL, supaya husb tak xde akal nak suruh i pergi rumah mak dia. I mmg bertegas bab mental I sis. Awak kena buat sama. I ingat lagi dulu sebelum i book CL, dia sibuk2 nak tentukan CL untuk I. I diam, i tak respon. End up, I cakap dgn husb. Sy dah book CL 14 hari lepas bersalin. Husb mmg ikut je cakap I. Dia xkisah sgt CL mana2. I bukan xnak CL yang mil suggest. I suka cari sendiri. I tak suka diarah. Kalau dia suruh mmg tak nak ikut. I mmg diam sbb i bukan jenis melawan orang tua depan2. I masih jaga maruah mak abah I. So i diam je, tapi belakang dia, I bertindak sendiri. Dia mmg tak boleh nak halang sbb I punya keputusan.

Baca lagi
7mo ago

Dah sis ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… end up berpantang sendiri je dengan suami.. seminggu suami jaga full day, baki lagi sebulan lebih tu dia jaga half day.. MIL datang jenguk pun kadang2 je untuk mandikan bayi.. haha gaya macam dia nak jaga full 44 hari rupanya nan hado ๐Ÿ˜… takpalah saya selesa berpantang dengan suami je ada kat sebelah. Next pregnancy inshaAllah ada rezeki saya nak ambik CL kalau bersalin normal.. haritu czer jadi pantang makan je lebih ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

betul apa yg kebanyakan komen kt sni ckp. jgn cancel. bagi alasan ape2 supaya tkde la masam muka . cakap la ksian kt cl ke atau dh byr duit .. biar je kena bebel ke apa. nanti nk pntang mak mentua awak tu blh ka jaga dgn niaga lagi. sy ni mak mentua dok rmh je dgn adik ipar perempuan umur 21 tahun. suami janji nanti adik ipar dan mak mentua akan jaga. last2 masa pantang saya makan nasi pagi pukul 2 ptg, pernah sekali tu pukul 5 ptg baru makan. tu pun sbb pak mentua balik kerja awal dia tlg pgg kan bby, suami kerja, mak mentua dok dlm blik katanya tak sihat , adik ipar buat tk tahu je langsung tak tlg pgg baby. masa bby tido nasi dgn lauk belum masak, bila bby jaga barulah lauk siap, time tu sy kena jaga bby plk. ank plk jenis susah tdo berjaga berjam jam kalau tinggal nangis, kalau tido plk trpksa dukung memanjang sbb suami tk bg bby tdo buai. rasa mnyesal sgt dgr ckp suami dan mentua dlu. lps ni mmng tknk dh pntng dlm keadaan mcm tu .. serikkk sgt๐Ÿ˜…

Baca lagi
11mo ago

kalau tido trpaksa dukung manjang Sbb suami xbg ank tidur buai ? suami yg tidokan ke Kita.. kalau bnyak Kita yg urus Xpayah laa dengar . buat jela apa yg memudahkan Kita . kalau suami tolong xpe jugak ..

pada sy teruskan cl. bgi la alasan dh byar. klau X duit burn. jgn percaya jnji2 Indah mertua. melainkan mmg dri sbelum ni dia treat awk dgn baik, layan awak selevel dgn lyan ank prempuan dia,takde apa2 kata2 yg mnyakitkan atau buat awk trasa spnjg awk kahwin dgn ank dia, sbelum awk pregnant,semasa pregnant,care kt awk .Tu bru ok klau nk truskan untuk dia Jaga..awk sendiri knl mertua awk,kitorg xknl. emosi masa brpntg ni lain sikit . Salah Cara,silap Lynn boleh stress,depression . even org lain ambil bby dri Kita time Kita nak nyusukan bby pun boleh stress. org main kacau ambil bby time bby tidur, sekurang2 dgn cl,Kita boleh bgtahu apa yg ok,xok,boleh xboleh. dgn mertua tidak.. jd buat pilihan btul2..

Baca lagi

Donโ€™t cancel. Pls la, itโ€™s your own pantang time. Jgn everything nak kena ikut cakap org boleh kan dear.. Biar CL jaga. Tak menyusahkan anybody. Kita bayar, and boleh demand anything per what we want. Kalau mak mentua ke saudara jaga ni, nak mintak apa sikit segan. Kalau tersalah minta/tersalah cakap/tak lalu makan dia masak ke apa kang dia buat touching sampai ke sudah. Tah2 sampai anak sekolah pun mereka tak habis ungkit lagi. Whether it happen or not, avoid is the best. So for me mmg sejak awal dapat double line, I terus suruh husband book CL yg I nak. I bgtau direct je kat family, yg this is what I want and thatโ€™s it. Certain things we need to be firm. Pantang is a very important moment for us. Tak da masa nak terasa hati, nak makan hati, nak drama itu ini. Hire CL, nak apa, mintak. Settle.

Baca lagi

sis ..saya pun berpantang sendiri,saya dudk dengan mertua tapi mertua tak de nak tolong jaga sangat ,jadi saya jaga diri saya sendiri dan dibantu oleh suami cuma kalau suami bekerja ,saya akan berdikari ,suami saya ambil cuti seminggu kerja selepas saya melahirkan anak ...lepaa seminggu dia bekerja semula ,saya berpantang sendiri ,mean suami saya akan siapkan semua barang dan dekatkan barang barang supaya senang untuk saya ambil ,saya bersalin normal ,yang pasti normal cepat sembuh ๐Ÿฅน,kalau ceaser saya taktahu lah macammane ...tapi journey saya memenatkan dan stress sebab duduk dengan mertua ...nasihat saya pada masalah sis ,jgn ikut apa yang mertua awak cakap ,ikut apa yang awak rasa awak selesa dan tenang ,gembira sbb proses berpantang perlukan ketenangan ....

Baca lagi

Bgtau jelah dah bayar deposit banyak. And deposit pun akan burn kan if cancel. 21 days tu besar amount dia, saya ambil 30 days pun dah almost 6k. To tell you the truth kan, i ambil cl was the best decision ever. 30 hari pulak tu, mmg pantang tak stress. My mom & mil jaga juga i gilir2. And cl tu pun bukan all the time pegang baby. Always depan mata kita so kita nampak apa yg dia buat, takda trust issue pun. In fact, banyak gila ilmu I & my husband dpt. For 30 days mental & fizikal i terjaga, ada yg urut & tungku kita. Mandi & makan on time. Baby pun terurus, tak kalut nak mandikan, nak potong kuku, lidah pun always free from kerak susu. Rumah pun terurus disapu dikemas, kain baju baby & i pun sentiasa dibasuh & dilipat. Apa tak heaven? Ni pakej half day - 6 hrs.

Baca lagi

saranan saya , sebaiknya jangan cancel CL . Berpantang ni , emosi kene jaga . tk boleh stress ii . slowtalk dgn hsbnd . sepatutnya , as mak mertua , tak boleh la semua bende nak ikut kepala dia je. sebab esok luse , tiber dia ckp tk dan nak jaga awak , sebb sibuk uruskan kedai . kalau jd cmtu , cemana awak nak buat ? jgn sebb nak jaga hati mertua , badan awak yg sakit . sy sendiri pun booking CL masa preggy 5weeks . dpt tau peknen , terus book CL . Walau sy bakal bpantang uma parents sendiri dan pasti mak sy pun akan bising. tp sy buat keras kepala je. CL ni memudahkan kite & tak mnyusahkan org lain . sy amek CL , untuk kepentingan kesihatan sy sendiri. jd cmtu la . pujuk hsbnd , slowtalk ngn hsbnd.

Baca lagi

jgn cancel cl sis..thru pengalaman. mak mertua jaga and mak sendiri jaga lain2 ya. bimbang nnti stress bila indah khabar dari rupe. mak mertua mula beriya nak jaga, lpas tu bila dah berpantang di rumah nye, die cuma nak jaga baby je. kite ni dgn luka czer masih basah terpaksa urus diri sendiri sbb die tak larat. Sy makan nasi sejuk yg dah semalaman. sbb dah lapar sgt dan sakit nak kehulu hilir, sy tambah air panas dari dispenser je dlm pinggan nasi tu. Makan sambil nanges. Sudahnye, mak sendiri tahu crite, die mai ambik balik rumah. Tak percaya org lain jaga anak die. Hati2 k.

Baca lagi

terpulang kalau awak nak ikut kata mertua. but trust me u boleh baca based on pengalaman mommy2 keadaan sebenar berpantang dgn mil or mak sendiri. rata2 indah khabar dari rupa. bukan nak toxic ya. sy sendiri ank nom 4 sy upah cl. if i jadi u biar kena bebel now dari u stress dalam pantang. setakat kena bebel tu tak jejas apa pun kan. dari u stress dalam pantang nnt nak handle baby susah and recover pun susah. boleh jadi if u cancel now later u sendiri menyesal. but apa2 depends coz tu hak u nak decide we olls sharing je ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Baca lagi
7mo ago

mcm sy ambik cl kali ni 10 hari. ikut bajet sebenarnya. and pads saya la kalau bersalin normal seminggu pertama je kita tak larat kan. lepas2 tu kita dah boleh handle sendiri. mcm sy ambik cl atas sebab saya betul2 nak urut,tunku and ada org masak. so 2 minggu pertama tu dapat cl dah ok dah. tapi kalau puan ada bajet lebih apa salahnya hehe

Puan teruskan je la CL.. jgn percaya sgt dgn orang lain walaupun nak mertua sendiri. ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.. lagi satu, jgn bagi orang lain buat keputusan utk diri Kita walaupun mak sendiri. setakat advise okey je la tapi Ni suruh cancel buat apa.. kalau dia bising cakap je elok2 yg Puan dah bayar kalau cancel skrg mmg burn duit. certain time you kena firm skt Puan . ni baru nak bersalin.. lps bersalin lagila, tu xkena,ni xkena... it's your body and your baby. kalau U tak defend yourself who else... so be firm..

Baca lagi