Diet untuk breastfeeding

Hi mommies. Anak saya dah 5 bulan, fully breastfeeding tak campur fm pon. Tapi berat saya tak turun2 since lepas beranak 😭 Saya makan nasi sehari sekali je, malam minum milo itupon tak letak gula/susu pekat. Punya lah struggle taknak makan banyak masa menyusu ni tapi tetap tak turun. Saya pam susu 3jam dapat 3oz/4oz. Kalau ikutkan taknak pon diet bila breastfeed anak ni, tapi tulah saya ni kerap sangat kena body shaming. Baru2 ni kawan husband tanya dia okay ke tak bila wife dah berisi 😭😭 Ada siapa2 boleh share tips untuk saya turun berat badan untuk breastfeeding mom?

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tak perlu diet awak. Tipsnya awak kena makan secara sihat dan exercise regularly. Although it sounds cliche tapi itulah realiti. Saya cuma buat apa yang saya share ke awak. Itu je. 😊 - Kurangkan processed food, junkfood, fastfood. Nak tinggalkan terus lagi bagus. Opt untuk real food. - Jadual makan kena konsisten. Tak boleh skip satu meal. Bila skip satu meal, kita akan tend to eat more in quantity for the next meal. Awak amalkan diet suku suku separuh. 👍 - Awak kena aktifkan diri. Selain kerja rumah, awak boleh bawa anak brisk walk di kawasan perumahan awak. - Kurangkan gula dalam diet seharian. Gula bukan hanya pada cane sugar. Tapi pelbagai. Dalam milo ada gula, dalam sos masakan ada gula, dalam buah ada gula. Milo walaupun tak letak gula/susu, kandungan gulanya masih lagi tinggi. Yang paling penting sekali, kurangkan atau elakkan stress. All the best mommy 🌹

Baca lagi