Bleeding semasa hamil - Ancaman keguguran
Mohon mommy doakan saya dan kandungan (14 weeks) selamat sampai akhirnya. Awal pagi semalam, ada berlaku pendarahan kat rumah. Ada darah beku juga keluar. Pegi kecemasan, doktor check manual, masukkan speculum dan scan, alhamdulillah kandungan masih selamat. Warded sekejap pagi sampai petang. Balik rumah semalam, bleeding lagi. Tapi kuantiti lebih sedikit. Pergi kecemasan, macam biasa doktor check manual, masukkan speculum dan scan, alhamdulillah kandungan masih selamat. Doktor suruh balik, doktor cakap ada luka sikit kat bawah bahagian rahim. Tapi insyaAllah akan sembuh. Doktor minta monitor pendarahan di rumah. Jika makin teruk, baru pergi hospital balik. Ada tak mommy yang pernah alami situasi sama macam saya ni, bleeding masa mengandung? Boleh share tak apa yang mommy buat untuk kurangkan pendarahan ni?