Princess Mommy profile icon
SilverSilver

Princess Mommy, Malaysia

Contributor

About Princess Mommy

A mum to my princess

My Orders
Posts(7)
Replies(67)
Articles(0)

Just sharing (nak tambah sikit details)

Ibu GDM on insulin. Hari kedua di hospital induce ubat masuk kut bawah. Sebab contraction kuat sangat masa tengah hari, tapi jalan tak bukak, so doctor cuci (time ni sakit giler, mcm dia cuci cawan, pusing2 dlm vagina ???). Lepas tu contraction dah kurang. Esoknya, pagi cek jalan lagi, tak bukak lagi, so doc masuk kan belon. Memang tak selesa mula2, jalan pun kengkang2, tapi lepastu dh ok. 24jam, belon tak jatuh gak. Esoknya, doctor keluarkan belon dan dia bagi masa lg sehari sebab CTG baby semua cantik, belum tahap emergency. So hari ni banyakkan jalan2 dorg kata membantu, tapi tah la ?. Jumpa nurse, doctors dr hari pertama n kedua, semua duk tanya, 'eh tak beranak lagi?' Hmm.. jalan tak bukak.. ? Esoknya cek jalan lagi pagi, ok dah bukak 3cm. Cuma labour room penuh so tak pecahkan air ketuban lg. So masa doctor pakar buat round, dia letak nama i as critical. So as soon as LR kosong terus pecahkan air ketuban dan turun ke LR. Masa nurse panggil nak pecahkan air ketuban, dia suro buka seluar dalam dan bra siap2. Bawak pad 1 dan seluar dlm 1 dan pampers baby 1. Tu je. Doctor housemen yg nak pecahkan air ketuban tudh cuba 20min tak dapat pecahkan jugak, sebab baby mcm floating, cucuk je dia nak atas, cam belon dlm air.. ? last2 panggil doctor yg i hate so much tu pecah kan ??. Ganas nak mampos mcm nk lempang je, sumpah susah nak maafkan even tengah contraction pun rasa geram je.. ?? (masa tu tengah cuba maafkan kot mati masa beranak ke ?). Kat labour room, air ketuban mencurah2, sampai basah baju ngn lapik kerusi tu. Bayangkan 12jam dlm keadaan basah mcm tu, esoknya belakang sampai bontot merah2 rashes.. ?? (mom to be, bole la mintak nurse tukarkan cover kalau xnk menyesal kemudian hari..) Masa tengah operate tu, punya la sejukkkk menggeletar 1 badan, no kidding, gigil2 tapi cuba gak kawal, siap nyanyi lagi ngn lagu doc bukak ?. Rambut ni asyik kene mata, so mintak doctor bius tolong selak kan rambut sikit. ? pastu masa baby dh keluar, die panggil suro toleh, tanya boy ke girl, dh jwb pastu dia bg kiss 1, ok dah. Tak sempat nak tengok bende lain ? Esok pagi, nurse paksa suro bangun duduk, pastu nnt jln pegi toilet. Memang sakit ok. Tapi kene buat gak, slowly2, tahan je... jalan nak pegi toilet je 30min, balik 30min, sakittt! Nasib baik sbb gdm baby duk wad sehari, dapat la rehatkan badan dulu, ada yg saya tengok, dia dh la czer pastu baby asyik nangis, suami dtg bawak makanan yg tak sesuai, muntah mummy tu, pastu anak nangis non stop sbb lapar.. mmg kesian la tengok.. ? Nasib saya baik, mak sy dtg pagi tu, suap sy makan nasi semua, sy dah lapar giler, last makan kul 10am semalam nya.. dh nk dekat 24jam tak makan. Alhamdulillah tak muntah tak apa.. ? Ok setakat ni dulu. Nanti nak share pad yg sesuai. ?

Read more
undefined profile icon
Write a reply

Just Sharing

GDM masa mengandung. Masa pergi checkup KK 39weeks, Doc mintak admitted hari yang sama gak. So pegi la hospital admitted. Petang doc check jalan, dan tanya nak normal birth or operate. Of course la nak try normal. So doc kata esok pagi induce. Pagi esok induce, tengah hari dah rasa contraction kuat giler.. check jalan tapi tak bukak pun, so doc cuci ubat yang masuk tadi pagi sebab contraction ada tapi tak bukak jalan pun not good. Esok try lagi induce, tengah hari check jalan pun xbukak lagi.. so esok paginya baru check. Esok pagi check dah bukak 3cm. So doc nak pecahkan air ketuban tuk cepatkan buka jalan. Masuk labour room, dia induce drip lagi, pastu bagi ubat tahan sakit. Tiap 4jam dia akan check jalan, tiap 2jam dia check CTG baby. Ubat tahan sakit tu buat ngntok sangat, so bila contraction bangun, habis contraction sambung tidur. In labour for 12 hours!!! Baby CTG cantik je, so dah reached maximum hours dan jalan masih tak buka terpaksa la emergency czer. Bagus gak la.. dah tak tahan asyik nak masuk tiup kencing, kene kencing dulu baru check jalan aduuhh seksa..! So baby di keluarkan tengah malam.. Total 5 hari duk hospital sebelum bersalin, 3 hari lepas tu sebab czer. 10 org doctor check jalan, 2 org doctor buat i rasa sangat2 phobia bila check jalan, salah sorg tu sampai ke hari ni i hate her.. ? (ya Allah biarlah dia rasa sakit kene rodok mcm dia buat kat org ?). Baby girl berat 3.34kg. Takde kencing manis, Alhamdulillah. Oh, baby kene duduk wad sehari sebab nak check ada kencing manis x, sebab ibu GDM. Btw, govt hospital kalau gdm makanan dia mmg sedih.. ?? di sarankan makan je byk2 sebab nak beranak guna byk tenaga.. ?

Read more
undefined profile icon
Write a reply