Komen & Menang Buku Dari Baba Baa! Menang buku audio muzikal untuk si kecil dari Baba Baa!

Menang buku audio muzikal untuk si kecil dari Baba Baa! Terhad untuk 7 pemenang! Sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-dan-menang-buku-audio-dari-baba-baa/1699?lng&lng=&lng=en

Komen & Menang Buku Dari Baba Baa! Menang buku audio muzikal untuk si kecil dari Baba Baa!
76 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya betul2 nak buku audio Baba Baa, kerana dari newborn saya pupuk baby saya supaya minat dengan buku, saya banyak beli buku/flash Card untuk stimulasi baby saya & saya sangat teruja ternyata ada buku audio muzikal Baba baa lengkap sebegini sebab mesti lebih menarik minat baby saya selain bermain boleh juga memstimulasi auditori dengan lagu2 Rakyat Nusantara yg bermakna Bukan lagu biasa2 & stimulasi visual illustrasi dari Siri Dongeng didalamnya. Jika Saya menang beribu Terima Kasih kepada Baba baa & The Asian Parent App sebab dr app ni saya banyak tahu kedai2 mainan edukasi untuk baby saya. Kalau saya menang saya nak beli koleksi buku audio muzikal Baba baa lainnya😍😍😍

Baca lagi
Post reply image
VIP Member

saya nak buku audio Baba baa kerana anak saya amat meminati muzik. Oleh itu, dengan adanya buku audio Baba baa ini mungkin akan dapat menarik minat dan fokus anak saya lagi. Buku audio ini juga sangat membantu dalam perkembangan dan ransangan anak saya kerana respon bayi adalah berbeza seiring dengan peningkatan usia mereka. Rangsangan suara, bunyi, dan pertuturan adalah medium yang sangat penting untuk bayi belajar bercakap. Oleh itu, saya sebagai ibu menyarankan untuk sentiasa bercakap dan memberikan rangsangan seperti bunyi kepada bayi sejak lahir. Saya juga boleh melihat dan memastikan bahawa respon bayi akan mengikut perkembangan pendengaran yang sepatutnya.

Baca lagi
VIP Member

' SAYA NAK BUKU AUDIO BABA BAA ' kerana pengalaman anak pertama saya untuk ibu pertama kali sebelum ini , anak perempuan saya lambat bercakap . Tapi apabila saya belikan buku yang mengeluarkan bunyi ataupun audio , anak perempuan saya menunjukkan perubahan yang positif . Jadi , saya akan berasa sangat teruja jika saya terpilih untuk menjadi salah seorang pemenang untuk peraduan dari ' BABA BA ' kerana saya akan gunakan sehabis baik hadiah yang diberikan untuk anak kedua saya lelaki yang bakal masuk usia 3 bulan pada bulan hadapan dan semestinya si kakak juga akan berasa teruja dengan buku baru sebab kakak berumur 3 tahun sangat minat buku .

Baca lagi

Saya nak buku audio Baba Baa kerana setiap ilmu harus dipelajari untuk menjadikan setiap anak diisi dengan pengetahuan yang luas. Buku audio Baba Baa adalah buku terbaik pembelajaran awal bagi anak dimana bagus dalam membantu perkembangan visual, percakapan, pendengaran, motor halus dan motor kasar setiap peringkat usia anak. Buku ini mempunyai dwi bahasa untuk membantu anak memahami setiap yang dilihat & didengari. Tambahan lagi, anak juga pasti lebih cenderung memilih buku yang ceria berbanding telefon bimbit. Oleh itu, saya tidak perlu risau lagi untuk berfikir aktiviti pembelajaran awal anak sewaktu masa terluangnya selain bermain.

Baca lagi

Saya nak buku audio Baba Baa kerana ianya buku audio yang sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Dengan adanya buku audio ini, anak² dapat belajar melalui lagu 'Nursery Rhymes' yang terdapat dalam buku audio ini. Manakala, untuk anak yang lebih besar,ibu bapa boleh menyanyi bersama kerana buku ini disertai dengan lirik. Selain itu, kompilasi 'lullaby' sesuai dinyanyikan bersama untuk anak ketika waktu tidur. Ketika ini bayi saya berusia 10 bulan dan sangat gemar akan muzik dan lagu jadi buku ini adalah pilihan yang terbaik dan boleh diguna dalam jangka masa yang lama.

Baca lagi
TapFluencer

Saya nak buku audio Baba Baa kerana dapat membantu mempertingkatkan deria pendengaran anak saya di samping memupuk si kecil untuk belajar membaca. Buku cerita audio dengan ilustrasi warna warni pastinya akan menarik minat si kecil dan juga abangnya untuk menggunakan segala deria mata dan juga sentuhan.. Dan juga pasti si kecil akan gembira! 😍 Dengan adanya buku audio cerita ini dapat juga membantu saya dan juga suami mempunyai ‘ bonding time’ yg berkualiti dengan anak anak. InshaAllah ade rezeki anak-anak saya memenangi peraduan ini amin. ❤️🥰

Baca lagi
Post reply image

Saya nak buku audio Baba Baa, kerana bagus untuk umur macam anak saya, boleh membantu anak saya yang sedang belajar bercakap dengan menyebut beberapa patah perkataan sahaja walaupun bahasa alien... janji saya faham 🥰. Lagipun saya pernah membeli buku "Bawang puith, Bawang merah" ia sangat menarik, kami anak beranak seronok mendengar buku cerita itu berulang ulang kali dan dari situ datangnya minat anak saya dan saya juga dengan buku Baba Baa ❤️💜💙.Semoga ada rezeki anak saya dan terima kasih kepada TheAsianparent Malaysia serta Baba Baa

Baca lagi
TapFluencer

Saya nak buku audio Baba Baa kerana buku daripada Baba Baa sangat bertepatan dan bersesuaian selari dengan perkembangan semasa kanak-kanak bagi membentuk kemahiran kognitif melalui pembacaan dengan bantuan audio dan visual yang menarik. Buku audio Baba Baa juga bersaiz poket yang fleksibel yang memudahkan penyimpanan dan dibawa kemana-mana. Anak-anak dapat menyibukkan diri dengan buku ini semasa dalam kenderaan juga. Maka, mereka tidak akan cepat berasa bosan dan mami babah juga tidak runsing apabila berada di dalam kereta. #theAsianParent #bababaa

Baca lagi

SAYA NAK BUKU AUDIO BAA BAA KERANA anak saya sangat suka dan teruja akan lagu kanak² yang menghiburkan malah dapat memberi rangsangan minda untuk anak saya yang baru berusia 1 tahun mengenal haiwan bunyi lagu serta memberi fokus ketika anak mendengarkan nya buku Baba baa ini juga mempunyi dwi bahasa yang sangat mudah untuk anak belajar dan mengikut rentak lagu yang disediakan..buku ini akan menarik minat anak saya lebih kreatif untuk terus belajar justeru menjadikan ia buku kegemaran dan boleh di bawa ke mana saja🥰❤️

Baca lagi

Saya nak buku Baba Baa kerana dapat menarik minat anak saya melalui audio yang dikeluarkan. Disamping itu dapat mengimbau kembali kenangan bermain semasa saya kecik menggunakan lagu 'Tepuk Amai- Amai'. Sekaligus dapat mengajar anak saya menyanyi lagu-lagu rakyat. Buku Baba Baa jugak mempunyai audio dan berwarna warni. Ianya sangat bagus kerana 'sound book' akan menarik kanak- kanak lebih fokus dan akan lebih cepat 'tangkap' kerana ianya berbunyi apabila ditekan. Semoga ada rezeki anak saya memenangi perpaduan ini❤️

Baca lagi