Tidur
Mcmna posisi tidur mummy's semua bila kandungan dah memasuki 5bulan...betul ke tidur melentang tu x elok utk bayi...?

Sy copy daripada fb DR.Amelda Balchin for sharing only Bila ibu hamil berbaring terlentang di atas belakang, di dalam 1 dalam 10 ibu, kedudukan ini menyebabkan rahim yang yang berat tertekan di atas saluran darah besar ibu yang berada di belakang rahim. Saluran darah ini ialah Inferior Vena Cava (IVC) yang membawa darah balik ke jantung dari bahagian bawah badan ibu. Sila lihat gambar 1. Jika IVC tertekan, ia boleh menyekat pengaliran darah kembali ke arah jantung ibu. Akibatnya kurang darah dipamkan keluar daripada jantung dan ini menyebabkan tekanan darah ibu menjadi rendah. Jika tekanan darah ibu menjadi terlalu rendah, ada kemungkinan ini boleh menganggu pengaliran darah beroksigen ke rahim dan uri ibu, dan boleh mengganggu bekalan oxygen yang diperlukan oleh janin. Kajian perubatan menunjukkan yang ibu yang tidur berbaring terlentang di atas belakang boleh meninggikan risiko kematian janin 3.7 kali ganda. Risiko sebenarnya stillbirth (kelahiran mati) ialah 1 dalam 1000 pada 40 minggu kehamilan. Jadi, kalau 3 kali ganda lagi tinggi, ini menjadi 3 dalam 1000 kelahiran. Tetapi, kebanyakan ibu hamil dengan sendirinya akan mengalih kedudukan jika tekanan darah menjadi terlalu rendah sebab tidak sedap badan, tiba-tiba rasa loya nak muntah, pening-pening dan akan dengan sendirinya akan merasa lebih selesa mengubah kedudukan ke mengiring bila tidur.
Baca lagi



