Tak tahu setan apa yang merasuki ku...

Masuk hari ni,dah 3 hari saya tak boleh tidur sampai 2 3 pagi... Anak menyusu/ngempeng.. kol 3pg baru dia nak lepaskan... Masa dia tgh menyusu tu,saya terdetik begini... "Tahun 2024 katanya Dajjal, Imam Mahdi akan keluar... Suasana masa tu darurat sangat.. makanan takde semua takde.. anak dah setahun.. budak2 mesti dia lapar... Saya takut... Saya takut anak saya dibunuh Dajjal.. Yakjuj Makjuj... Daripada dia dibunuh lebih baik Allah ambil nyawa dia sekarang..." Saya sering terfikir benda2 mcm tu... Kdg2 boleh ketakutan sendiri.. pandang muka anak yg skrg baru nak masuk 3 bulan... Saya jgk kadang2 rasa bersalah sbb kawen dan lahirkan dia tahun ni.. kiamat dah dekat... Apa yang bole saya buat utk singkir fikiran2 semua ni.. Zikir,Quran,Solat semua saya dh buat tapi bila time malam anak tgh ngempeng,saya terfikir sbb ank skrg bole menyusu sehingga kenyang.. kalau nanti mcm mne?? 😭😭😭 Saya tak nak fikir semua ni😭 saya nak yakin dan berserah pada Allah tapi semua fikiran ni ganggu sayaa😭😭😭

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

assalammualaikum sis. peredaran zaman kite takkan dapat hentikan nya... apa yg bakal berlaku pun.. hanya allah yg maha mengetahui... apabila allah memberi kita amanah iaitu anak. Makanya tugas kita sebagai hambanya hanya perlu menjalankan tanggungjawab terhadap anak itu. Mendidik dia. Mengajar dia. Membentuk dia menjadi insan yg taqwa kepada allah... Sis jgn terlampau memikirkan bende bende di luar kemampuan. Ye sesungguh ia pasti berlaku tetapi jgn la kita terlampau taksub dan abaikan perkara lain. Apabila ia dtg pasti ia dtg.. kite harusla bersiap sedia dari sekarang dan kuat kan rohani ya sis... kuatkan segalanya dari awal.. agar kelak dpt kite laluinya insya allah. Tugas sis sekarang bukan utk memikir sgt semua tu.. hanya fikirkan bagaimana nak membesarkan anak ke jalan allah dan menjadikan nya anak soleh dn solehah... yg lain tu biar allah yg uruskan... emosi sis harus dijaga juga ya sebab baby masih kecil... dia memerlukan sis utk kuat ya👍... Tips saya... bila sis berfikiran begini.. sis akan hadapi tekanan... better limitkan permikiran sis terhadap ni... lebih baik kita bersiap sedia dengan segala ilmu utk menjalani hari kelak.. daripada berfikir apa yg belum terjadi.. anak yg dilahir hujung zaman ni mana tau nnt jadi seorang khalifah yg mantap di bumi utk hadapi zaman seterusnya. Fikir positive ya sis. amin🌹

Baca lagi