Baby mengempeng. Boleh bagi tips or motivasi? Kadang rasa penat tapi serba salah 😞
Baby saya nak masuk 3 bulan kuat sangat mengempeng. Nak buat kerja pun susah. Malam asyik terjaga cari puting je. Sakit2 badan ni. Nanti makin besar kurang sikit tak mengempeng? Ke lagi teruk mengempeng nye? Sbb skrg ni mmg mcm takleh lari dari dia kalau tidur tu. Baik siang, baik malam. Mesti nak melekat je. Saya cabut puting kalau dia dah tidur tapi mesti cari balik 🥲. Puting kosong mcm mcm dh bagi semua tak mau huaaa.. Sbb selalu dia terjaga moro reflex lepastu cari saya nak puting t*k untuk sooth diri dia. Tolong laa cakap nanti dia makin kurang ngempeng so saya boleh buat kerja sikit2 hmm