DR IMELDA BALCHIN *PENTINGNYA FOLIC ACID

Masih ramai lagi wanita Malaysia yang tak tahu apakah kepentingannya mengambil suplemen folic acid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan. Tujuan suplemen folic acid ialah bukan untuk kesuburan, dan bukan untuk mencegah keguguran. Suplemen folic acid itu penting walaupun untuk wanita yang tiada masalah kesuburan. Tujuan utama folic acid suplemen ialah untuk mencegah kecacatan janin yang teruk dan boleh membawa maut, iaitu Neural Tube Defect (NTD). Salah satu contoh NTD ialah tempurung kepala yang tidak terbentuk, iaitu Anencephaly. Bila tiada tempurung kepala, tidak ada perlindungan kepada otak yang bertisu lembut. Akibatnya otak yang terdedah kepada air ketuban akan dihakis atau dikikis di dalam kandungan ibu, sehingga ia hilang, dan bayi ini akan dilahirkan tanpa otak. Kita boleh mengesan dan mengesahkan kecacatan anencephaly ini melalui imbasan ultrasound scan dari 11 minggu kehamilan, seperti di dalam gambar. Janin yang tiada otak boleh hidup di dalam kandungan ibu sehingga dilahirkan sebab tidak perlu bernafas sendiri. Ia mendapat oxygen terus dari uri ke dalam darahnya. Ia tak payah makan sebab boleh mendapat semua nutrisi dari uri terus ke dalam darahnya. Tetapi setelah dilahirkan, ia perlukan fungsi otak untuk bernafas dan menghisap menelan susu. Tanpa fungsi otak, sejurus selepas bersalin, bayi ini akan meninggal dunia. Begitulah kepentingannya suplemen folic acid, terutama sekali untuk wanita yang ada Diabetes atau wanita yang obese, sebab risiko NTD adalah lebih tinggi untuk wanita yang ada Diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil atau wanita obese yang hamil. Satu lagi cara untuk mencegah kecacatan NTD ialah mengawal Diabetes dan kurangkan berat badan yang obese sebelum hamil. Semoga semua ibu-ibu kita mendapat zuriat yang sihat dan bersalin dengan selamat. Nota tambahan: Jangan tunggu dah hamil dan jangan tunggu buka buku pink di Klinik Kesihatan baru nak dapatkan suplemen folic acid. Anda boleh beli sendiri di mana-mana farmasi, murah saja, tak payah pun beli jenama yang mahal, sebab memang pun folic acid suplemen tu murah saja. Saya tak promote mana-mana jenama tertentu sebab itu tidak penting. Untuk wanita yang ada diabetes, obesiti, atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos folic acid yang disarankan ialah 5mg sehari. Untuk wanita yang tiada Diabetes, tiada obesiti atau tidak pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos 400 microgram atau 0.4mg sehari sudah pun mencukupi. Kalau tak boleh cari dos rendah 0.4mg, beli dos 0.8mg atau 1mg atau 5mg pun tak mengapa.

DR IMELDA BALCHIN *PENTINGNYA FOLIC ACID
14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sejujurnya, sblum ni sya pregnant 2 kali sya tk pernah mkan folic acid dn ubat ubatn yg dktr bagi...tpi syukurlah ank2 sya sempurna, tk ada yg cacat dn sbgainya...dn skrg sya hamil yg ketiga, sya bru tau ap tu kepentingan folic acid ketika mngandung, so sya amalkn dri awl pregnant...sblom ni sya xtau, so sya xmkn ubt2 yg dktr bagi, 😅😅

Baca lagi
5y ago

Like my mom semua ubt2 dia tkut tp sakit pegi jumpa doctor hahaha 😅

Betul..folic acid penting d awl kehamilan..tp kalo ade ibu mkn je ubt muntah..bole amik mknn lain yg ada kandungan folic acid..

sy ttc dkt 5 thun.. dlm 3 thun + sy mkn je folic acid tu.. smpai sy dpt tau sy prgnt.. sy beli kt kk je.. rm1

Kalau makan ubt new obimin yg kk bagi dh ckup ke untk baby?? Lgpun sy ada kncing mnis jgk ni..

5y ago

tak sure. tp saya ambik obimin je pun dah ok.

I follow Dr. Imelda Blachin d fb juga..banyak ilmu dia kongsi 👍👍👍

Super Mum

.. so mommies out there don't forget to take ur folic acid ya..😊

Kalau makan zincofer perlu makan folic acid lagi ke

5y ago

Klu dlm tu dah ada folic acid x perlu dah mkn brand lain.....

Ya... mesti ikut nasihat doktor

Thank for sharing doc..

thanks for sharing