Kepentingan Folic Acid

Hanya satu suplimen yang anda perlukan sebelum hamil, dan Ini ialah Folic acid. Murah saja nak beli di farmasi. Tujuannya bukan untuk meningkatkan kesuburan, tetapi untuk mencegah kecacatan janin Neural Tube Defect (NTD). Bila hamil, anda teruskan mengambil folic acid untuk 3 bulan pertama kehamilan. NTD itu seperti 1) Spina bifida (tulang belakang tidak tutup dengan sempurna menyebabkan sebahagian saraf tunjang terkeluar dan rosak), 2) Anencephaly (tempurung kepala tidak terbentuk dan tidak ada otak bila dilahirkan) dan 3) encephalocele (ada lubang pada tempurung kepala yang menyebabkan sebahagian otak terkeluar). Dos yang anda perlukan untuk Folic acid hanyalah 400mcg (microgram) sehari. Kadang-kadang tak boleh jumpa dos itu, jadi 1000mcg atau 1mg pun tak apa. Suplimen folic acid telah terbukti mencegah NTD sebanyak 80-90%. Jangan tunggu dah hamil baru nak minta di klinik kesihatan, sebab tulang belakang mula dibentuk dari permulaan kehamilan. Murah saja pi beli sendiri dari farmasi. Tak payah cari jenama yang mahal-mahal. Tak payah beli set kesuburan. Untuk wanita yang pernah ada kehamilan bayi yang ada kecacatan NTD, dos yang disarankan ialah 5000mcg atau 5mg sehari. Untuk wanita yang obese, dos yang disarankan juga 5000mcg atau 5mg sehari, sebelum hamil dan semasa hamil, tetapi nasihat penting utama dari saya ialah turunkan berat badan ke tahap sihat dulu sebelum cuba menjadi hamil. Guna kaedah merancang keluarga yang berkesan sehingga berat badan anda normal sebelum hamil, dan boleh ambil dos 400mcg folic acid saja. Obesiti boleh menyebabkan masalah kesuburan, lebih lagi keguguran jika hamil, lebih masalah kecacatan NTD, dan masalah kesihatan ibu dan janin yang lain semasa hamil termasuklah diabetes, tekanan darah tinggi dan kelahiran pramatang. Untuk wanita yang ada diabetes sebelum hamil (type 1 atau type 2) dos folic acid yang disarankan ialah juga 5000mcg atau 5mg sehari. Tetapi nasihat penting untuk anda ialah pastikan anda tidak obese dan Diabetes dikawal sebelum hamil. Target anda ialah mendapatkan ujian darah HbA1C dan pastikan tahapnya kurang dari 6.5% sebelum anda cuba menjadi hamil. Set kesuburan itu semua overclaim dan tidak meningkatkan kesuburan. Multivitamin suplimen juga tidak mencegah keguguran. Makanlah makanan berkhasiat dengan seimbang dan bersenam dengan kerap. Amalan hidup pemakanan sihat dan cergas itu lebih penting bersama folic acid. Yang lain itu tidak perlu. -Dr Imelda-

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Good sharing 😍👍🏻👍🏻👍🏻 #TAPsupermoms

VIP Member

👍👍