Saya Bangga Menjadi Seorang Ibu

Mari ibu, luahkan isi hati anda ?

Saya Bangga Menjadi Seorang Ibu
28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya bangga menjadi seorang ibu yang menjadi sahabat pada anak serta penyayang walaupun kadang- kadang tegas pada anak. Selain daripada itu saya juga seorang ibu yang bersifat pelindung untuk melindungi anak dari apa sahaja bahaya atau apa sahaja yang mendatang semuanya hanya untuk anak yang di sayangi.Ini adalah kerana anak adalah anugerah dan juga amanah Allah yang paling besar. Walaupun bukan senang untuk menjaga mereka di zaman sekarang sebab terlalu banyak dugaan tapi itulah di namakan kemanisan hidup dan juga kenangan yang perlu ada dalam kehidupan ini . Walaupun kadang- kadang manis kadang-kadang masin , tawar dan masam.Itulah lumrah kehidupan. Wahai anakku ibu sayang kamu dunia dan akhirat.

Baca lagi

Saya bangga menjadi seorang ibu yang mampu menjaga, mendidik dan mengasuh anak² saya sendiri dari lahir hingga dewasa. Segala keperluan mereka saya sendiri uruskan. Makan minum mereka saya sendiri masak dan sediakan. Saya gembira melihat anak³ membesar di depan mata saya. Saya bangga bergelar suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah..terima kasih Allah n my husband.

Baca lagi
VIP Member

Saya bangga menjadi seorang ibu ..menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak2....Kerna dpat merasa bagaimana nye rasa kndungkan...dan akan membesarkan anak ....memberikan dia didikan yang bagus ....menjadikan ianya seorang anak yg solehah dan solehah ..mendengar kata kedua org tua ...menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat ..

Baca lagi

Saya bangga menjadi ibu yg berdikari, membesarkan anak seorang diri selama 9 tahun. Selama 9 tahun membesarkan anak perempuan saya dgn motto “No Husband No Problem”. Skrg anak saya dah berumur 10 tahun lebih dan saya sudah berkahwin lain. Syukur.

Saya bangga menjadi sorang ibu kerana dapat membesarkan ke empat2 ank sy didepan Mata, Syukur Alhamdulillah.... Tahun dpn tmbah seorg lg..... Rezeki Dr Allah.... Keluargaku Syurgaku... Love my family...

VIP Member

Saya Bangga Menjadi Seorang Ibu yang sanggup tinggalkan kerjaya dan terpaksa berjaga malam demi seorang anak selama 2 tahun ini dan saya akan terus kuat serta tabah demi anak tercinta 😍

VIP Member

Saya bangga menjadi seorang ibu yang serba boleh kerana saya lah cikgu, saya lah nurse, saya lah tukang masak, saya lah kedai dobi, saya lah polis, saya lah mesin ATM anak-anak 🤣🤣🤣

VIP Member

Saya bangga menjadi seorg ibu kerana dpt merasa prsaan bgaimna ibu dlu rasa disaat mmbawa dlm kndungn hingga mlahirkn dan mmbsarkn,saya dpt belajar bagaimna mnjdi seorg yg kuat dan sabar

Im mommy to be in really young age (20 tapi tak genap lagi) hahahaha so nervous ! Semoga dipermudahkan semua urusan dan dapat baby yang sihat dan sempurna ya mummy² 😍

5y ago

woww congrats ! 😍

Biarpn trlalu awal iaitu usia 15 thun sy mnjdi ibu.. Tp sy bngga sbb sy mmpu mnjga ank sy.. Mnjga mkn pkai suami.. Skg umr 24, ank 4 org.. N preggy 7 bulan😊syukur..