Sesi khas untuk ibu. Ibu, apa luahan/rahsia anda ?

Hi selamat mommies semua๐Ÿฅฐ Adakah anda mempunyai luahan hati yang dirahsiakan daripada pasangan anda? Jika ada, jom kongsikan luahan/rahsia hati anda bersama kami di ruangan komen bawah. Kami sentiasa ada bersama dengan anda untuk mendengar luahan hati anda di sini. *๐“๐š๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง '๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฆ๐š' ๐š๐ญ๐š๐ฎ '๐€๐ง๐จ๐ง๐ฒ๐ฆ๐จ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ฒ' ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐š๐ง๐๐š ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฅ๐ฎ๐š๐ก๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐๐ข ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ฒ๐š.

Sesi khas untuk ibu. Ibu, apa luahan/rahsia anda ?
24 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Setiap hari dalam hari2 saya, saya berdoa agar dikurniakan ganti seorang suami yg jaaaauh lebih baik daripada suami yang sekarang. Saya dah tawar hati dengan suami. Dah lah sepanjang berkahwin, dia tak bekerja. Saya, isteri yang tanggung segala perbelanjaan rumah. Bagi duit kat dia lagi. Saya yang bayar sewa rumah, bil air segala. Beli keperluan makanan. Suami tak pernah bagi nafkah berbentuk wang. Nak bagi macam mana, dia tak bekerja. Dia yg pilih untuk tak bekerja. Bukan sebab hilang kemampuan. Dia menipu mak ayah dia lagi, dan semua orang. Cakap dia kerja. Padahal.. Saya je yang tau. Keluarga saya dah start suspect something wrong dengan dia. Dalam diam2, kakak saya yg lawyer tu dah siasat tempat kerja suami saya yg dia claim dia kerja kat situ. Kakak saya dah tau, dia tak kerja pun kat situ. Itu pun adik saya yang bagitau saya. Segala perjumpaan keluarga saya, suami saya tak nak join. Balik kampung pun tak nak. Alasan, kerja. Berkahwin baru setahun jagung. 2nd anniversary pun belum lagi. Yang buat saya lagi tawar hati dengan dia, di atas segala pengorbanan saya ni, dia still tak bertimbang rasa. Segala kerja rumah nak saya buat. Dahlah saya ni penat bekerja, ketua keluarga walaupun perempuan, balik rumah, segala benda nak kena uruskan. Dia dekat rumah dok goyang kaki. Main phone, tengok TV. Kalau makan, pinggan mangkuk semua berlongkok. Jangan haraplah nak tolong kemas rumah ke, cuci, sidai atau lipat kain ke, memasak ke, memang tak lah. Lagi satu yang buat saya paling benci, dia ni panas baran. Pemarah. Seolah2 semua dia yang betul. Untuk 1st point saya tu, saya ada cakap saya yang tanggung keluarga kn? Bukan tu je, dia nak kawal semua keluar masuk duit saya. Duit gaji saya, separuh dia minta transfer kat dia. Dengan cara paksa. Bukan suka rela ye. Contoh bulan lepas, gaji saya rm6000++, dia demand rm2500 daripada saya. Masalah nya, segala barang still saya yg beli. Segala bayaran saya yg bayar. Saya pun ada juga terasa nak shopping dengan duit hasil titik peluh saya sendiri. Tu pun, dia nak kawal. Sblm saya kahwin, setiap bulan saya bagi duit dekat mak saya. Lepas kahwin, dia marah saya bagi duit dekat mak. Macam2 bahasa kasar, kesat keluar. Bodoh, bangang, bangsat segala2 lah. Terlalu banyak sebenarnya keburukan suami saya. Saya menyesal kahwin dengan dia dulu. Padahal ramai je orang yg nak ajak saya kahwin dulu. Calon2 yg baik. Mungkin masa tu, saya tak matang. Saya nampka suami saya macam 'Islamic' tu yang saya pilih dia. Padahal.. Hampas. Sikap tak mengambarkan ilmu. Saya ni, hidup dalam penuh kepura-puraan. Saya berlakon dengan semua orang yg saya bahagia. Saya tak pernah cerita masalah dekat mak, keluarga atau sesiapa pun manusia di dunia ni. (baru2 ni je saya heart sharing dengan adik lelaki saya yg 9 tahun lebih muda daripada saya). Sebab saya percaya dia. Kalau cerita dekat yang lain, mau telangkup rumah saya jadinya. Mau husband saya kena serang dengan diorang. Cerita saya complicated, saya pun complicated. Kalau orang tau, mungkin orang akan just cakap "kenapa tak cerai je, kenapa tak mengadu dekat mahkamah shariah ye" Kalau boleh nak solvekan isu ni, tapi tak lah sampai diperbesar2kan macam tu. Saya pernah je minta cerai dekat husband saya, tapi dia diam je. Tak nak ceraikan. Kalau dia ceraikan, dah lama saya 'angkat kaki'. Saya jealous sangat dengan kawan2 perempuan atau mana2 perempuan yg asyik membanggakan suami diorang. Cerita, suami buat, suami buat ini. Suami yang memasakkan, suami tolong buat kerja rumah. Tak semua orang bernasib baik macam kamu wahai wanita2. Sila lah ada 'comman sense' bila nak bercerita. Kamu boleh bersyukur, tapi bukan berbangga. Saya beri satu perumpamaan, jika kita ada mak ayah yang bagi macam2 kat kita, sayang kat kita, lepas tu kita cerita semua tu dekat kawan kita yang yatim piatu. Pernah fikirkan perasaan si yatim? Renungkan

Baca lagi
1y ago

Sy pun alami benda yg lebih kurg sama, sumpah tertekan sngt. Rasa nak keluar dri benda ni

ini anak kita yang pertama after 3 bulan kita kahwin. saya sendiri tak tahu perubahan hormon saya akan jd sensitif. tapi saya harap, jagalah perasaan saya. bukan saya sengaja kata tak larat nak masak, alahan bau ni buatkan saya tak mampu nak berdiri masak dkt dapur tu. apatah lagi bau perfume yang awak pakai sebelum pergi kerja :( bila duduk serumah, gaduh. bila jauh, tinggal sehari je saya dah rindu :(( bukan saya minta ada morning sickness ni, tapi harap awak boleh lah faham keadaan saya. perasaan meruap nak makan something tu, bukan bila dah dapat makanan tu, blh terus telan habiskan, tak. nanti muntah. jangan lah fikir saya berlakon atau membazir :(( tapi apa pun, terima kasih sebab jadi suami yang sabar layan sakit pening saya walaupun kdg saya ada jugalah terasa bila awak perli saya haha terima kasih sebab sediakan segalanya dan tetap pentingkan saya walaupun mood saya ni terlalu swing sampaikan saya kdg bersedih walaupun awak tak buat salah. terima kasih suami, semoga sampai bila-bila, aamiin.

Baca lagi
VIP Member

syg syg abg sgt.. syg tau syg byk buat salah kat abg. namun bagaimana pun juga hati syg tak prnah lagi berubah utk abg. tiada siapa blh ganti tmpt abg d ht syg. tlgla abg, kita sama2 kuat mnghadapi smua dugaan dan cabaran hdup rmh tgga.. utk anak kita.. jaga la hati kita masing2.. jgn mudah leka dgn keduniaan yg hanya smntra krna syg nak brsama abg dunia akhirat. syg tau abg sygkn syg sgt. tp abg mudah mngheret org lain dlm mslh rmhtgga kita krna abg rasa dah x mmpu brdepan dgn syg. kerana org lain itu la yg mnghasut abg buat kputusan yg mnghancurkan hbngan kita. syg tau syg mmg byk buat dosa pd abg.. tp syg xprnah trfikir utk brpisah.. apatah lagi dgn kehadiran anak kita..dia sgt perlukan kita.. jd tolongla. tolong brhenti melibatkan org lain iaitu ibu ayah,adik beradik abg sndri sbb mrka takkan prnah tau apa yg kita lalui, takkan prnah tau isi hati kita. syg sygkn kluarga kita abg. please . stop make me hurt n crying everytime... i have nobody except u..i cant continue all alone

Baca lagi

Tiada nak diluahkan di medsos. Luahkan padanya terus sebab masa zaman gadis, saya pernah mengalami kemurungan sebab banyak perkara tak terluah. Dan medsos bukan tempat saya luahkan apa yg saya pendam. Masa mula berkenalan dgn suami, saya masih dlm sesi kaunseling, saya berterus terang dgnnya bahawa saya masih dlm sesi kaunseling berkala dan ada masalah diri dan latar belakang saya sekeluarga. Bila saya bgtahu kaunselor yg saya sedang berkenalan dgn seseorang, kaunselor dah nampak perubahan saya. Tak lama lepas tu kaunselor discaj saya drpd sesi kaunseling sbb dah nmpk saya mula positif dan dah mula terima keadaan akibat kemurungan tu. ๐Ÿฅฐ Hampir 3 bln sesi kaunseling saya (seminggu sekali sesi kaunseling) . Alhamdulillah. Thats why jika saya kebuntuan, saya suka jumpa kaunselor di LPPKN. Last sekali masa kes c19 tngh naik, jadi LPPKN aturkan sesi telefon - conversation counselling. Dulu satu sesi kaunseling RM5 je. #Let's talk #Love yourself

Baca lagi

Dear en suami, thanks sbb selama kita kahwin dah nak msk 22 thn nie, awak jaga saya, ambil berat sgt2 pasal saya, bertanggungjawab pada saya dan sayang saya seadanya. Awak banyak mengajar dan perbetulkan apa silap saya dan yang paling penting awak seorang pemaaf. Saya selalu buat awak marah dan kadang2 degil tak dengar cakap, tp awak kool je bila tegur kesilapan saya. Saya bersyukur sangat sbb awak hadir dalam hidup saya sebagai seorg suami, awak tak pernah manjakan saya sbb awak tak nak saya spoil nanti. Tapi awak tahu sgt isteri awak nie mmg boleh handle smua benda dlm rumah tangga, anak, makan, minum, kerja rumah & segala perbelanjaan. Sbb tu awak suka diam2 suprisekan hadiah utk saya even saya tak pernahpun minta. Alhamdulillah sekarang kita hidup bahagia bersama 3 cahaya mata. Saya sayang awak till Jannah, semoga cinta yg kita bina dari zaman sekolah kekal selamanya.. Aameen2 yra.

Baca lagi

Dari pregnant, berpantang dan sehingga baby berusia 4 bulan.. Kita selalu bergaduh disebabkan masalah yg kau alami, dgn tekanan sgala...saya penat semuanya segala makian bila kau panas baran tiba2...seolah2 kau punya dua persona...saya rindu senyum ketawa zaman dulu sebelun kau terjerumus dlm penipuan & hasutan kawan...baru2 kita bergaduh saya betul2 penat semuanya...sampai timbul sedikit kebencian...tapi disebabkan baby ini perlukan kau...saya pendam selagi boleh ๐Ÿ˜” mudahan bila besar baby tidak mengikut jiwa panas baran bapanya...maaf syg baby sebab melihat keadaan kami begini...mudahan bapanya bersikap matang dan diberi ketenangan dalam segala hal...sebenarnya saya akui saya cemburu akan kebahagian pasangan lain hingga trauma dgn masalah peribadi...semoga semuanya diberi kedamaian dan rezeki lebih baik ๐Ÿ™

Baca lagi

sy ingin meluah semenjak sy awal pregnant dn skg dh 32minggu,suami sy kurang bgi perhatian dn kurang beria dlm persiapan brg baby,dia lebihkan kepada family dia,setiap minggu asyik pulang kpg dn tinggalkan sy bersama keluarga sy,sblm trimester 3 ni sy duduk dgn mertua itu pun tk lama sbb bila duduk dgn keluarga mertua brat bdn dri naik auto turun terus dn kemudhan disna pun terbatas sbb pedalaman kpg,sy cuma cemburu,bila minta perhatian suami jer keluarga mertua msti akan panggil suami utk elak bersama sy,sy cuma terkilan apakah sy tak layak bersama suami ketika pregnant slh ke sy nak bermesra dgn suami,dn knpa suami tk belakan sy dn lebihkan keluarga dia ek,sy ckup sedih tp demi baby sy rela pendamkan pdhal makan hati trlmpau bnyk dgn sikap suami yg lebihkan family tk fikir anak bini hmm

Baca lagi
VIP Member

Dear suami โค๏ธ terima kasih sebab selama kita khwin awak jaga saya , amik berat psl saya . Awak selalu mngalah dgn saya , brlembut dgn saya wlaupun kdg2 saya yg melampau ๐Ÿ˜ญ iโ€™m sorry , Sanggup susah senang dgn saya . Kdg2 awak selalu jugak buat saya sakit hati tpi pandai pujuk balik โœจ Saya bukan isteri yg sempurna , awak kena hadap sakit saya lgi . Awak terima segala kekurgn saya , trmasuk depression saya (Major Depressive Disorder - MDD) . Terima kasih awak sbb selalu support saya dri blkng , saya susah nk kawal emosi . Emm rasa takut tu ade sbb tgh preggy , takut saya tgglkn awak dgn anak nnti . Klau saya dh tkda disisi awak , jaga , didik anak dgn baik ya ๐Ÿ’•โœจ

Baca lagi

Dear sayang, U adalah lelaki yg baik. U sgt baik pd i. U siapkan mcm2 utk i sebelum i balik sini. I hargai apa yg u buat utk i. Cuma syg, ble tak u kurang2 main pubg and lebihkan bg ms berbual gn i? Kat meja mkn main pubg. Kalau xmen pubg, u tgk youtube org men pubg. I smpai rs cm menyampah dh. And boleh tak u bg i habiskan ckp i dlu? Sbb selalunya bila u sambung ayat i, i cm rs annoyed. Selain dr tu, bnda2 lain i masih dpt tolerate la. I xde nk komplen sgt. I pn tak perfect. Smpai today msih g i blom unpack brg dlm luggage. Baju pn blom i figure out cmne nk organize. So i tau i pn tak perfect. Tp pls syg, kurangkan la men pubg ni.

Baca lagi
4y ago

laki saya sama ๐Ÿคฃ

dear en suami..yes you are the good husband but please slow kan game tu ๐Ÿ˜” saya pun kerja cari duit untuk bayar kotminment kita..saya balik kerja saya amek anak2 saya masak saya buat semua kerja rumah tapi en suami asyik duduk dekat sofa main game sampai anak semua da nak masuk tidur..bila anak2 nak masuk tidur baru nak ajak anak2 main..yes memang saya tak bagi sebab saya da penat sangat tambah sekarang saya da trimester ke 3 untuk anak ke-3 kita..kadang2 saya yang rasa saya isteri dan mak yang tak baik..ye saya mengaku saya bebel+ marah tapi hakikat ye saya da tak mampu nak pikul semua..๐Ÿ˜”

Baca lagi