Luahan(abaikan kalau annoying)

Mak mertua suruh husband beli 1 susu ni...katanya boleh mudahkan bersalin, anak tak kuning...Mertua suruh beli sbb anak kenalannya amalkan susu ni, baby keluar kuning tak tinggi Aku tak pernah dengar lagi minum susu boleh mudahkan bersalin, dan setahu aku susu kambing nak elakkan baby kuning...susu tu bukan susu kambing. So aku pun berat hati nak order sebab tak yakin, dah la mahal...RM100+ utk 25 sachet ?...tapi husband duk mention2 suruh order...sebab katanya mak dia suruh beli, sebab tu kena beli. Kejap2 duk tanya dah order ke? Serabut aku Haritu mak aku bagi tips mudah bersalin, minum air hujung rambut sambil doa (mesti korang pun pernah dgr tips ni) Tapi husband aku kata tak perlu minum air rambut bagai, baca doa zikir je utk mudah bersalin So kalau nak dibandingkan, sama la situasi minum susu tu kan? Tak perlu nak minum susu tu, baca zikir doa je Yang jadi isu skrng, aku rasa dia lebih2kan mak dia. Apa mak dia suruh buat, kena buat. Lain dengan mak aku. Paham tak apa yang aku cuba sampaikan? Haha. Ke aku je yang lebih2??

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Puan. Bukan lebih-lebih kan. Tapi disebabkan suami ni syurganya di bawah ibu, jadinya memang suami akan dengar kata si ibu walaupun kadang perkara tu remeh kerana nak jaga hati ibunya. Puan boleh je cuba layankan ibu mertua puan dengan hanya minum atau ikut nasihat bila di depan dia untuk jaga hati dia. Kerana waktu mengandung ni kan kita perlukan doa dan berkat dari orang tua. Semoga dipermudahkan segala urusan puan dan bayi puan ya. Amin🥰

Baca lagi