Gugurkan kandungan.

Maaf, saya tahu soalan saya akan menjadikan beberapa pihak marah. Tapi saya masih belum berkahwin, planning dah ada cumanya lama lagi. Nak dijadikan cerita saya mengandung anak luar nikah, saya dah fikir sehabis baik sebab family belah lelaki sangat baik dengan saya. Jadi saya tak nak malukan family saya, atau sesiapa pun. Saya pilih nak gugurkan kandungan, mungkinkah ada komplikasi lain kalau saya nak mengandung lagi in the future? Atau macam mana? Maaf, terima kasih ya menjawab :)

28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pertama sekali saya nak tanya. Anak ini anak lelaki yang awak nak berkahwin nanti ke ?? Atau anak lelaki lain ?? Kalau ini anak lelaki yang awak nak berkahwin nanti @ bf awak tu, kenapa tak hadap sama² ?? kalau betul bf awak tu sayang awak, cintakan awak ikhlas, dia mestilah kena hadap masalah ini bersama² dengan awak. bukan biarkan awak gugurkan anak nie. awak cakap family Lelaki tu baik dengan Awak kan ?? Sekarang nie awak berdua dah terlanjur. awak berdua dah berzina. apa pun, bf awak tu kena slow talk dengan family dia jugak pasal anak nie. sebab ape ?? sebab tu anak dia. awak takkan Mengandung tanpa dia. jadi bf kena Bertanggungjawab, berani hadap, jujur Kepada family cerita sebenar. berani buat berani tanggung. family bf awak baik dengan awak kan, awal² Memang marah. marah pun mereka akan marah bf awak lah sebab yang buat awak Mengandung tu anak Lelaki mereka. bf awak. Daripada awak gugur, banyak komplikasi. cakap dari bab hukum, berdosa besar sebab awak dan bf dah berzina 1 hal. Inikan pulak nak buang, nak bunuh baby tu. dah 2 dosa besar korang buat. membunuh. Sebab itulah islam mengajarkan jauhi zina. islam melarang sekeras²nya Perbuatan zina. inilah risiko nya. malu, dosa, aib, semua dapat. anak x bersalah tu jadi mangsa. awak tau tak, kalau awak gugur budak tu, nasib tak baik, kalau Makan ubat tak berjaya gugur, anak tu Boleh jadi lahir cacat. kalau awak gugur dengan orang yang tak bertauliah, rahim awak Boleh rosak. tumpah darah. jangkitan kuman. nanti kalau rahim dah rosak, next Kahwin Nak ada zuriat, awak susah nak Mengandung lagi @ tak boleh Mengandung dah. rahim dah rosak. macam nielah, Bf kena jujur dengan family dia. korang berdua kena jujur dengan family masing², sama² hadapi bersama. ini bukan silap awak saja. silap bf awak jugak. korang berdua kena hadap bersama. orang tua awal² Memang akan marah. x mustahil. tapi, Diaorg akan Terima jugak. takkan Diaorg nak sampai hati suruh korang gugur budak tu kan. cucu mereka tu. Mereka pun dah jadi orang tua, mesti faham perasaan tu. tak pun cari Tempat perlindungan khas untuk ibu Mengandung yang tak sah taraf. dah Lahirkan baby tu, baby tu akan di angkat, di beri Kepada ibu bapa yang nak angkat anak. 2 Pilihan Nie jelah yang awak ade Sekarang. Jujur Dengan family @ cari Tempat perlindungan. Gugurkan anak tu takkan Selesaikan masalah. risiko tinggi pada awak di masa hadapan. Ingat. yang hadap sakit tu nanti awak. kalau dah kahwin, tak dapat Mengandung macam mana ?? yang Lelaki tu sedap lah. main Celup je. tak payah nak fikir Boleh Mengandung ke tak sebab dia Lelaki takde rahim. Boleh kahwin baru. Fikir² kan lah. Untuk Kebaikkan awak jugak di masa hadapan. Gugur anak takkan selesai Masalah. Takut pada dosa dan Kifarah.

Baca lagi

Teruskan. Jgn tmbah dosa lg dgn gugurkan. Mmg memalukan bagi pihak keluarga lelaki tp itu salah anak lelaki drg juga. Bkn salah awak sorang. Jadi kena terima. Ingat sis hati manusia berubah2. Takut kalau berjaya pun gugurkan skrg nnti dimasa hadapan kifarah dia entah senang atau tidak dapat mengandung lg. Kita ni perempuan mmg kena tggung byk. Lelaki sng je lps buat org preg, ada sstgh mulaa takut nak bgtau parents dan xsedia lg nak kawen so decide sruh gugurkanlah, tp ada yg btggungjwab akan kawen jg dn hadap akibat drpda pbuatan tu. Kalau lps ggurkan bf awak mmg stia dan akan kawin dgn awak, oklahh. Tapi kalau dia berubah hati d masa hadapan? Awak jg rugi sbb dh hilang kehormatan diri dan ada sejarah ggurkan bayi. Llki ni sng, org tak senang tau drg dah hilang teruna ke atau dah pernah pregkan anak prempuan org. So nasihat sy lebih baik mgaku dgn parent llki, jgn lah ber'kalau' atas sbb risau parents dh tua ka, sbb drg baik dgn awak ke apa. Klau drg tau ada plan nak gugurkan lps buat dosa pn mgkin lg teruk drg kecewa. Tapi kalau btul2 xnak dgn bby tu haa lahirkan je laa cukup bulan lpstu bagi dgn jkm atau kluarga angkat.

Baca lagi

tp sblm tu awk Muslim or non Muslim first klau Muslim klau antara nk jg malu org lain n dosa besar.. better pilih dosa besar.. jgn bt 2 kesilapan..dosa berzina(taubat nasuha)dgn segera.dosa gugurkan kandungan..cukuplh sekadar 1 kesilapan sbb keduanya dosa besar yup ada komplikasi..semasa gugur kandungan..kaedah y d bt blh jejaskan Rahim jika bkn org bertauliah bt(doctor)..blh ancam nyawa.kaedah mkn ubt pun blm jamin janin tu gugur.klau x gugur akan jd cacat. semasa proses gugur klau org x bertauliah bt..blh rosakkan Rahim.. jangkitan kuman.. bleeding n kesan masa panjang klau bf ikhlas syg awk..dia xkn biarkan awk gugurkan kandungan..dia akan bertanggungjawab.family jika benar2 baik dieorg akan terima kesilapan awk

Baca lagi
3w ago

teruskan pregnancy tersebut, jgn ggur berdosa + xkn ada klinik yg nk tlng gugurkn. nk x nk kne jgk bgthu dgn both family. mula2 mmg family akan marah semua, tp terimalah dgn hati terbuka sbb dah berzina kan. nnt dah bersalin kalau anak tu xnak, blh bg dkt jkm or family angkat. tp percayalah, once awk dh bersalin nnt awk akn syg sgt2 dkt anak tu.

kalau family laki tu baik... dorang sendiri akan suruh anak dia bertanggungjawab. nikah je dulu cepat2, majlis kemudian. mungkin treatment dorang lps tu xbrp baik.. sbb dah nmpak menantu ngan anak terlanjur sblm kawen, tp hadap je la, sbb mmg sendiri buat kn. kalau mereka tu xbaik, mmg akan angkat kaki, tu je. anak xsah taraf mmg sng nk conceive, tp tggu dah kawen, dah ada ikatan sah nt tetiba jd susah nk conceive. kalau nt rasa xleh terima anak tu boleh bg pada keluarga angkat. tp jgn try gugurkn. kat malaysia rasanya klu ada yg sanggup gugurkn anak xsah taraf ni takut doktor xbertauliah aja, atau cari port non muslim kna ada $$ yg byk...

Baca lagi

Sbnrnya perasaan ni bIasa bgi mereka yg blom nikah tp dh pregnant...Sbb utama..MALU...Sist,jangan buat sstu yg nnt akn lbih buat sist mnyesal.Hari ini malu sbb manusia yg sist fikir nk hadap.Tp sist lupa stiap 5 wktu yg sist akn lalui dlm satu hari.Sis islam kn?dr komen satu td sy ada baca.Sist cakap kluarga llki baik,n planning nk kawen.Knp pilih jln buat dosa besar.Dosa berzina sdh sist dn psngan lakukn..knp nk tmbah dosa lbih besar.Ank tu lahir dr rasa suka sama suka sist .jngan lakukan..ingat dosa.Kita tak tahu nsib nnt2.Tuhan uji xdpt mngandung lagi macam mana?Ianya mmg tak mudah.Tp,trsknlah..ank tu x bdosa pun...jangan sist!

Baca lagi

Saya pun ada anak luar nikah, dah 4tahun dah sekarang. masa mula mula mmg stress kena maki sana sini, suami siap kena pukul lg dengan family jauh belah saya. tapi percaturan Allah tu hebat sangat, datang nya dia dalam hidup kami membawa satu rezeki yang tak diduga duga. Suami dpt naik pangkat dlm masa 2tahun, dapat suami yg sayangkan saya, dan masih diberi kesihatan yang baik walaupun kami berbuat dosa. Takda apaa yang saya boleh sampaikan, cuma anak tu takda salah. kita yang salah, dan kita lah yang patut membentuk dia supaya jadi orang berguna. Teruskan semangat ya. Semoga awak dalam keadaan baik❤️

Baca lagi

ye sis gugur mmg rasa mcm senang tapi hakikt orang yang ttc ni pun tunggu anak..yang salah kita sendiri yang pilih jalan berzina saya sendiri pun mgndung anak luar nikah tapi bila tengok kawan2 lain kawin 10 tahun pun tak ada anak lagi siap cakp kalau saya taknak ank ni bagi diorang jaga..saya start situ dah fikir orang lain sush dapat ank tapi kita dah dapat nak buang🥲better jaga ja sis mengaku ke family saya pun tahan malu jugak mngku tapi alhmdulilh fmily pun terima anak saya dngn suami sebb kami tngungjwb bela..biarla org nk ckp apa pun aslkn kita dh jln tngungjwb dri mnmbhkn dosa lagi sis

Baca lagi

Risiko awk,semua awk bukan BF. Apa kata fikir dulu before gugur. Kalau saya if baby tu masih dibwh 3bln,nikah tnpa majlis besaran. If dah besar, bagitahu kedua² family. Yes diorng akan marah, selepas 3 bulan diorang akan tenangkn diri & terima kesalahan anak². Sbb kesian janin yg x bersalah,tambahan pula awk sekarang tgh goyang. Bf tu pun belum tentu blh sabar dgn karenah2 awk sebelum halal. Lepas halal yes,dia akan sabar,waktu tu awk tau perangai dalam sebenar. If gugur,awak kena pantang. Risiko x pantang, ujian itu pasti akan ada. Straight to point kepada dua² pihak.

Baca lagi

Family lelaki baik, teruskan lah kandungan dan nikah. Beritahu family cik pada masa sesuai. Nikah tu kena ada wali dgn family cik juga. Jangan nikah tanpa wali yg sah. Jika family lelaki baik, sila jaga agama, adab. Didik zuriat supaya tak perangai macam lelaki tu dan puan. Jika famili lelaki tu baik, lelaki tu tak bersetubuh dgn Cik sebelum nikah. Fikirkan. Please, cik berusaha jadi baik dulu sebelum buat keputusan gugurkan kandungan. Susah nak hamil atau tak pada akan datang, tu kurniakan Allah. Kita yg kena sentiasa baiki diri kita.

Baca lagi

Sekarang mmg sis terdetik rasa nak gugurkan kandungan. Nanti kandungan semakin membesar sehingga ke hari bersalin, rasa sayang semakin kuat. Kalau rasa masih tak mampu, teruskan kandungan tapi serahkan anak kepada pihak jkm untuk urusan anak angkat. Itu pilihan lebih baik untuk anak. Jangan buat dosa besar dua kali, yg dah ada taubat nasuha sehingga diri kita benar2 yakin taubat kita diterima. Anak yg sis kandung tidak bersalah, jangan sakiti dia. Serah pada mereka yg inginkan anak tersebut sebagai anak angkat.

Baca lagi