Keguguran Tak Cuci

maaf nak tanya, saya keguguran 5minggu. sehari sebelum keguguran ada pergi klinik sebab bleeding buat upt negative, scan pun rahim kosong tak ada apa. doktor siap marah kata saya tak pregnant tapi kata pregnant 😔 check pun acuh tak acuh. balik klinik macam turun period. semalam pagi nak mandi keluar kantung baby and keluar darah ketul. perlu kee saya kee kecemasan untuk cuci? berpantang macam mana ye?

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saran saya bagi darah semua tu kluar, bila dah berhenti baru pergi klinik untuk cek dah bersih ke tidak. masa gugur tu saya minum halia hangat2, pastu ambik botol letak air hangat balut towel dan letak kat bawah perut untuk memudah kan semua darah tu keluar dan x ada yg tersisa, alhamdulillah berjaya. untuk berpantang pulak saya pakai bengkung makan pun kena jaga, dan tidak bersama sampai 40 hari, untuk pastikan rahim benar² pulih. itu petua orang dulu² ya, saya ikut ja.

Baca lagi

saya pernah keguguran x cuci, tengoq pada size baby doc cakap 6w. memang first keluar macam telur ikan bulat, selang beberapa jam kemudian keluar kantung baby, dan darah akan mulai keluar berketul dan terus normal macam darah period. bila darah dah berhenti baru saya pergi klinik scan untuk pastikan sama ada dah bersih atau masih ada yg tertinggal. dan alhamdulillah doc kata dah bersih x perlu cuci. selang 2 bulan kemudian alhamdulillah lekat baliq, sekarang 7w 5d

Baca lagi

xperlu. jika gugur upt msh akn +ve utk tempoh 2,3mgg slp gugur. "kantung" yg disangka keluar mungkin ialah endometrium cast, yg keluar sms haid...ia berbentuk spt kantung kehamilan/ketulan daging. Boleh dibezakn mlauli ujian upt. Jika ada demam yg teruk, sakit perut mlampau sila ke hosp semula.

selalunya 12w kebawah keguguran sbb chemical pregnancy. mmg akan keluar mcm kantung & darah berketul. ikutkan dah keluar semua tu. tp kalau nak pasti, boleh ke klinik lain/hospital utk tgk ada sisa lg atau tak. kantung & darah ketul tu simpan sbb nk tunjuk kt doktor nanti.

Bawah 12w dia akan keluar mcm darah period je sepatutnya sis.. kalau dh keluar ketul tu should be ok sepatutnya tp kalau x yakin blh p scan blk kat klinik.. kalau ada lg xturun baru akan cuci la

Klinik mana tu awak pergi? Tak beretika. Yes awak perlu pergi untuk pastikan tiada yang tertinggal. Kalau ada ambil gambar tunjuk sekali dekat doktor nanti.

Better pegi hosp dkt kecemasan. Utk doc check samada ada lg ke tidak sisa2, & tunjuk kantung & darah ketul yg dh keluar tu pada doc.

Biasa kalau 5w dia akan keluar habis je mcm darah period sis . Saya haritu pun keluar habis mcm tu je . Tak perlu cuci sbb kantung je baru 5w

Sy 2x check up kt klinik.. Xperlu cuci ape2 sbb janin xterbentuk lagi.. Masih ketulan drh.. Sy gugur 5w jgk.. Sy pun kuar ketulan

VIP Member

Perlu ke emergency sis. Minta dr check dan cuci betul2 takut ada sisa yang tertinggal bahaya. Nanti boleh kena jangkitan dalam rahim.