Ubat

Kenapa ya tiap Kali mkn ubat zincofer tu kan saya selalu muntah selepas sejam mkn ubat tu ..saya dh serik la nk mkn ,saya sekarang ambik asid folik yg kuning je?? Ibu2 yang lain Pula mcm Mana ya ..

36 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda zincofer adalah salah satu jenama multivitamin bagi ibu hamil yang disarankan pengambilannya untuk membantu membekalkan zat yang mencukupi untuk perkembangan bayi dan kesihatan ibu. Zincofer mempunyai rasa dan bau yang sedikit kuat dan boleh menyebabkan ibu hamil tidak begitu selesa dengan pengambilannya. Jika anda mengalami masalah untuk mengambil produk ini, anda boleh menggantikannya dengan produk lain seperti obimin. Jika anda hanya mengambil folik asid, zat tambahan yang anda ambil adalah tidak mencukupi kerana anda memerlukan vitamin lain seperti zat besi dan vitamin B. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

doctor, sekiranya dh ambil zincofer kemudian kita muntah... perlu ke kite ambl lg sekali?