Ubat

Kenapa ya tiap Kali mkn ubat zincofer tu kan saya selalu muntah selepas sejam mkn ubat tu ..saya dh serik la nk mkn ,saya sekarang ambik asid folik yg kuning je?? Ibu2 yang lain Pula mcm Mana ya ..

36 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda zincofer adalah salah satu jenama multivitamin bagi ibu hamil yang disarankan pengambilannya untuk membantu membekalkan zat yang mencukupi untuk perkembangan bayi dan kesihatan ibu. Zincofer mempunyai rasa dan bau yang sedikit kuat dan boleh menyebabkan ibu hamil tidak begitu selesa dengan pengambilannya. Jika anda mengalami masalah untuk mengambil produk ini, anda boleh menggantikannya dengan produk lain seperti obimin. Jika anda hanya mengambil folik asid, zat tambahan yang anda ambil adalah tidak mencukupi kerana anda memerlukan vitamin lain seperti zat besi dan vitamin B. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

doctor, sekiranya dh ambil zincofer kemudian kita muntah... perlu ke kite ambl lg sekali?

Preggy pertama dekat2 trimester 3 makan zincofer Sebab sebelum ni makan iron tablet muntah, tukar maltofer pun Hb tak Naik, iberet pun tak boleh telan, last sekali makan zincofer , ok Hb Naik elok Dan tiada muntah. Preggy kedua terus makan zincofer. Jadinya Rasa mual, pening , masa awal trimester Tu kadang muntah Lepas makan zincofer Tu. Masuk Trimester ke 2 dah ok sikit cuma Rasa mual2 Lagi. Kalau saya biasa sebelum tido Tu telan ubat Tu Lepas Tu terus tido. Takda la mual2 bagai 😂

Baca lagi

Hb saya okay nurse bagi je zincofer.. mulanya seksanya nak makan pastu kawan2 cakap knpa makan zincofer sedangkan hb cantik? Saya pun xtahu xde jawapan😅😂 nurse suruh makan pagi makan pagi sblom sarapan cte dia saya muntah .. saya ambik malam sblom tido alhamdulillah dah bpe papan abis dah baru ambik stok baru kat klinik..

Baca lagi
4y ago

Cuba minum dengan jus oren

My experience, makan zincofer Tak sampai 15min dah muntah color merah2 tu. Pastu besok terus ke kk tukar ubat sebab Masa ambik ubat zincofer tu, pharmacist dah terangkan if ubat Tak sesuai dengan badan Kita, datang semula ke kk. Now makan ubat 4 serangkai tu, alhamdulillah hb ok.

dktor pn bg sy yg zincofer. tp dh sebulan sy skip. hihi sbb tiap kli mkn mesti muntah walaupn saranan dktor nurse mkn sblm nk lelap tdur tu. tp komperm terjaga n muntah. ontH la. sy mkn folid acid je dri awal kehamilan tnpa miss. alhamdulilah hb sy ok maintain 11 ke atas

sy pon ada mslh psl ni. so sy try mkn time mlm lpas dinner. telan ubat tu dgn air masak. lepas tu sy akan mkn kudapan. mcm buah tin, apricot,prune ke. in Sha Allah hilang loya tu. try buat sis. sbb ubat tu busuk. 😅

Samala .. tpi lpastu sy maklumkan ngn nurse n doc sy xbole mkn zincofer buatkn sy mual. Jdi drg dh tkr ubat sy ke obimin n d srnkn mkn ubt sblm tdr utk mngelakkn loya.. n alhmdulillah skrg dh oky . Selamat mencuba

Saya pn sama xblh nk telan, dlm sejam dua mesti muntah.. Tp sekarang nurse dh tukar ke ubat obimin... Obimin saya boleh mkn, sbb masa pregnant anak first lg mmg ambik obimin je..

Mcm saya awal2 pregnant tu boleh telan zincofer , tapi lepas masuk 3 bulan asal mkn zincofer ke terus muntah balik . Pg klinik doc suruh tukar obimin . Sampai sekarang saya terus je makan obimin

Sy sesuai mkn ni ..wpn pnh 3/4x muntah . Zncfer ni nak mkn,mkn time nak tdo . Pas mkm ubat xleh trs baring . Kena relax2 dlu . Klo trs baring akan muntah . N kena jarak kn 2jam slps mkn .