MGTT (sharing)

KENAPA KENA MINUM AIR GULA? TAK MENGANDUNG PUN KENA MINUM? Ramai rupanya yang salah faham tentang kenapa kena minum air gula atau disebut sebagai Glucose Test Tolerances. Masa mengandung disebut MGTT (Modified Glucose Test Tolerance). Ada yang ingat disebabkan kena minum air gula tu lah yang kena kencing manis tu sebab airnya manis bebenor. Nope! Salah sama sekali. Tidak tepat. Anda perlu faham yang nak kena kencing manis tahap dua atau semasa mengandung ni mengambil masa bertahun tahun lamanya untuk terjadi. Ini berlaku akibat organ pankreas tidak dapat lagi menghasilkan insulin yang cukup untuk memproses paras gula dalam badan. Sebab itu kalau minum air gula tu tak adanya terus dapat kencing manis, melainkan sudah ada kencing manis tapi tak tahu? Kencing manis jenis satu pula boleh terus tahu semasa kecil lagi kerana organ bernama pankreas memang sudah ada masalah untuk proses insulin. Jadi, paras insulin memang lahir lahir saja dah rendah. Ok, boleh faham, kan?? Jadi kenapa kena ada ujian minum air gula yang bluwerkkk tak sedap ni? Untuk menguji organ pankreas kita. Kenapa kena uji? Untuk pastikan yang kita memang tak ada kencing manis. Kenapa nak kena tahu sangat ada kencing manis atau tak ni? Sebab pentinglah untuk kesihatan anda. Jika mengandung, lebih penting kerana ianya melibatkan janin di dalam rahim anda juga. Masa mengandung, jika ada kencing manis, risiko untuk bayi meninggal, bayi terlalu besar, bayi tidak sihat, bayi pramatang, risiko bayi mendapat kencing manis selepas dilahirkan, ibu menjadi hipoglisemia dan risiko ibu mendapat darah tinggi atau eclampsia semasa dan selepas mengandung. Sebab itu, bila umur sudah lebih 25 tahun, ada sejarah keluarga terdekat yang ada kencing manis, pernah kena kencing manis untuk kandungan sebelum itu, berat naik banyak perlu minum air gula untuk kita pantau kesihatan ibu tadi. Kasihan janin untuk ibu yang ada kencing manis sebab organ pankreas dia sendiri juga diperlukan untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah ibu dia. Akibatnya organ pankreas janin itu yang terjejas akibat ‘overwork’. Ok, mari kita fahamkan apa berlaku bila minum air gula. Sama sahaja konsep samada mengandung atau tidak. Kita akan disuruh puasa sekurang kurangnya 8 jam sebelum itu. Datang klinik, ambil darah semasa puasa. Kemudian terus minum air gula. Misi akan bancuh air gula berkepekatan 75g. Habiskan dan rehat. Lepas dua jam, darah akan diambil sekali lagi. Kenapa dua jam? Kerana jika organ pankreas anda masih normal, sepatutnya ianya boleh menghasilkan insulin untuk memastikan paras gula dalam darah anda kekal normal. Semasa puasa, patutnya kena kurang 5.1 g/dl. Lepas dua jam, patutnya tidak lebih 7.8 g/dl. Ni untuk ibu mengandung. Untuk yang tak mengandung, Semasa puasa, patutnya kena kurang dari 6.0 g/dl. Lepas dua jam, patutnya tidak lebih 8.0 g/dl. Jika keputusan anda lebih dari yang disebut, anda sudah dikira ada kencing manis. Ada satu ujian lagi yang disebut sebagai hba1c akan dilakukan. Ujian ini adalah sebagai kawalan paras gula dalam badan selama 3 bulan. Jika lebih dari 6.5 g/dl bermakna kencing manis anda memang tidak terkawal. Haaa gitchewww? Jadi, boleh faham kan kenapa kena minum air gula untuk uji kencing manis? InshaAllah boleh dah kan? Ada yang kutuk, ‘Bengong doktor, nak uji orang ada kencing manis tapi suruh minum air gula. Mestilah jadi kencing manis. Saja nak juai ubat dia lettew’ Begitulah kata kata individu yang malas menggali ilmu tapi cuma tahu menghentam saja✌? Jangan begitu, setiap apa yang anda tidak tahu atau tidak faham, bertanyalah dahulu pada ahlinya ya. Nanti sendiri yang malu? Ok, marilah pergi cari breakfast. Jangan skip makan ok sebab bila skip, nanti akan makan lebih untuk next meal dan meninggikan risiko dapat gastrik kelak. Pstt : Dari takut air gula, lebih baik risau pengambilan gula seharian dalam makanan dan minuman. Hari hari tu? C&P Dr. Erna Nadia

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!