PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE

Kenapa Ibu Mengandung Kena Minum Air Gula❓ Supaya kita boleh tahu macam mana HORMON INSULIN dalam badan ibu mengandung ini bekerja. Supaya kita boleh tahu, ibu mengandung ni ada kencing manis atau tidak semasa hamil. Biasanya, Sebelum minum air gula, kena cek gula dulu. Kemudian, ibu mengandung disuruh minum air gula. Lepas tu, baru lah kena tunggu dalam 2 jam. Selepas 2 jam berlalu, baru lah ibu mengandung akan disuruh cek semula gula nya. Jika capai sasaran: Maka, ibu mengandung TAK ada kencing manis hamil. jika TAK capai sasaran: Maka, ibu mengandung ada kencing manis hamil. Okay, berapa sasaran ibu mengandung❓ Kalau tengah puasa atau sebelum makan : 5.3 mmol/L dan ke bawah Kalau 1 jam selepas makan : 7.8 mmol/L dan ke bawah Kalau 2 jam selepas makan : 6.7 mmol/L dan ke bawah INGAT‼ Sasaran kencing manis hamil TIDAK SAMA dengan sasaran kencing manis yang biasa itu. Oh ya, satu lagi nak pesan, ibu mengandung JANGAN TERMUNTAH pulak lepas minum air gula tu! Nanti ujian jadi tak sah, dah tak pasal2 kena repeat minum air gula balik. Sekian. P/S: Gambar sekadar hiasan.

PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE
2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Thanks for share..

Good sharing