Sesi Tanya Pakar bersama Cik Helen Yeoh dan Cik Nik Hazrieda, Pengurus Pembangunan Produk Drypers.

Bayi anda mempunyai masalah ruam lampin? Atau melecet di bahagian pelipat kemaluan? Kulit terlalu kering atau sensitif bila memakai lampin? Jom tanya pakar kami secara terus segala persoalan anda berkaitan dengan masalah lampin bayi yang anda hadapi bersama dengan Cik Helen Yeoh dan Cik Nik Hazrieda, Pengurus Pembangunan Produk Drypers pada hari Rabu, 31 Mac 2021 jam 9 malam. Kembali lagi Sesi Tanya Pakar bersama dengan topik yang lebih menarik untuk dibincangkan oleh semua ibu bapa komuniti theAsianparent Malaysia. *NOTA : Segala persoalan diluar daripada topik dan masa yang telah ditetapkan berkemungkinan tidak akan dijawab atau akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Helen Yeoh dan Cik Nik Hazrieda,  Pengurus Pembangunan Produk Drypers.
43 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kulit anak saya berbirat/berbekas selepas menanggalkan lampin. Adakah saya memasang lampin terlalu ketat? Ataupun perlukan saya menukar saiz lampin yg lebih besar?

3y ago

Hi Syamimi, anda boleh rujuk kepada panduan saiz yang terpapar di pembungkus produk. Misalnya Drypers Wee Wee Dry yang mempunyai TummyFit Guide, jika pakai pita pelekat mestilah dalam posisi Best Fit atau Good Fit. Jika mencapai penanda saiz seterusnya, dicadangkan untuk tukar ke saiz lebih besar.