Sesi Tanya Pakar bersama Cik Helen Yeoh dan Cik Nik Hazrieda, Pengurus Pembangunan Produk Drypers.

Bayi anda mempunyai masalah ruam lampin? Atau melecet di bahagian pelipat kemaluan? Kulit terlalu kering atau sensitif bila memakai lampin? Jom tanya pakar kami secara terus segala persoalan anda berkaitan dengan masalah lampin bayi yang anda hadapi bersama dengan Cik Helen Yeoh dan Cik Nik Hazrieda, Pengurus Pembangunan Produk Drypers pada hari Rabu, 31 Mac 2021 jam 9 malam. Kembali lagi Sesi Tanya Pakar bersama dengan topik yang lebih menarik untuk dibincangkan oleh semua ibu bapa komuniti theAsianparent Malaysia. *NOTA : Segala persoalan diluar daripada topik dan masa yang telah ditetapkan berkemungkinan tidak akan dijawab atau akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Helen Yeoh dan Cik Nik Hazrieda,  Pengurus Pembangunan Produk Drypers.
43 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Betul ke ada sesetengah budak alergik dengan sesetengah jenama lampin? Kalau macam tu, macam mana nak tahu lampin mana sesuai?

3y ago

Ada kemungkinannya untuk anak mengalami alahan bahan lampin. Anda boleh cuba Skinature by Drypers yang bebas daripada alahan, unsur klorin dan wangian, serta mempunyai kelembutan terunggul, penyerapan pantas dan 100% lebih ruang udara di antara kulit bayi dengan permukaan lampin supaya kerengsaan tidak terjadi.