Buka buku pink

Hi, kalau nak buka buku pink (anak first), mmg perlu call kk dulu atau boleh walk in? Kalau boleh walk in ada hari2 tertentu ke yg bleh dtg?

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Try call kk dlu sis.. kalau nak call tu call la lepas 2pm mcm tu kalau pagi2 ni mmg busy sngat diorng tu mmg xangkat call.. kalau dah 1-2 hari call xde angkat blh try walkin kata dah call tp xangkat.. sbab skrng ni kk diorng buat buku pink ade limit sehari brapa orng je sbab tu perlukan appointment . Klinik desa tak pasti mcm mna.

Baca lagi

ikot procedure kk berdekatan tmpt awak. kena call tanya samaada awak boleh walkin atau kena buat appointment selalu nya kalau appointment nurse akan bg tarikh bila awak kena dtg. dlm 12w keatas. mcm tempat sy klinik desa. jd boleh walkin sahaja. setiap kk ada hari khas utk ibu dan anak☺️

Mcm sy trus walk in , mula2 dtg p pesakit liar dlu , mcm sy ckp bdn tak shat lps tu priod dh lewat , lps tu dorg cek dn trus d sru buka buku pink 🤭 ade stngah tmpt kna call dlu ade tmpt yg boleh trus walk in tp biasanya walk in ni pgi je klau ptg dorg x layan bisanyalah

Lebih baik walk in.. Ghisau klau call nanti buat stress je huhu.. Biasa tengok tempat juga, cam kat kk saya biasanye diorg bagi appointment dulu n mesti cukup 8minggu.. masa dtg tu pun diorg tanya dulu dah scan ke atau upt utk pastikn betul2 pregy

betul..bergantung pd kk tersebut..1st sy buka d shah alam,mmg berjanggut la tgu agkt call so walk in..2nd di melaka, telefon kk tu berfungsi dgn baik so dia tny details kita dulu n tetapkan wkt utk dtg..

sya call pastu dia srh dtg pada tarikh yg disuruh tu je... masa tu dia suruh bawa apa2 yg patut la masa call tu terus daftar buat buku pink.. sya buku pink masa 8 week

Semuanya bergantung pada KK tu sendiri. Prosedur setiap KK lain lain. The best awak cuba call dulu. Let's say tak berangkat, awak walk in je hari apa2 pun.

Call kk dulu sis, paling nk senang dorang angkat call, dlm pukul 8 lebih mcm tu u call terus. Sbb i call pagi tu sekali je dorang terus angkat

Call dulu then nurse bagi appointment. Kalau call x angkat, boleh pergi ke KK and cakap kat nurse you nak buka buku pink .

saya walk in terus. terus nanti dia bagi tarikh untuk buka buku Dan pesan beberapa dokumen kena bawa nanti 😁