lapar breastfeed

kalau breastfeeding memang slalu lapar ke? dan saya kena makan setiap kali lapar? risau asyik lapar, saya takut nafsu makan je bukan betul2 lapar. Tp susu dah start drop 😭😭😭

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Boleh refer penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g ni. Bila confinement lady bersalin dengan saya, saya bagi nasihat: Selepas bersalin, semua jenis sayur-sayuran, semua jenis buah-buahan, seafood, telur, ayam, daging yang biasa dimakan tu boleh dimakan selagi tiada food allergy. Tak payah pantang-pantang makanan berkhasiat. Telur, ayam dan seafood bukan penyebab nanah atau kegatalan - itu Mitos. Saya juga bagi nasihat boleh minum air secukupnya, 2-3 litre sehari, boleh minum susu, boleh makan roti, boleh makan breakfast cereals, tiada larangan. Minum air bukan penyebab faraj becak - itu Mitos. Makan roti bukan penyebab rahim kembang - itu Mitos. Nak buat susu secukupnya untuk bayi, ibu perlukan 500 kalori tambahan sehari jadi jangan sekat-sekat apa ibu makan supaya boleh berjaya exclusive breastfeeding untuk 6 bulan sebelum bayi mula makan. Susu ibu ialah susu terbaik walaupun bayi ada jaundice, kembung, demam, cirit-birit, selsema, susu ibu tetap terbaik. Selagi ibu boleh membuat cukup susu untuk bayinya, selagi itu tak perlu pun susu formula. Bayi hanya perlukan tambahan susu formula atas nasihat doktor jika ada masalah hypoglycaemia (bacaan gula rendah) selepas bersalin, jika ada dehydration, jika ada jaundice yang teruk, jika ibu ada masalah menyusukan bayi atau jika susu ibu tidak mencukupi. Ibu boleh tidur apa-apa posisi yang selesa untuk ibu, tidak kira bersalin Caesarean Section atau bersalin normal, nak tidur mengiring pun boleh, nak tidur baring pun boleh, tiada halangan selagi ibu selesa. Jangan bimbang rahim senget ke tak senget, itu bukan satu masalah kesihatan dan rahim akan tetap mengecut ke saiz asalnya dalam masa 4 hingga 6 minggu selepas bersalin juga, tidak kira apa posisi tidur ibu. Hanya untuk ibu yang ada risiko tinggi venous thromboembolic disease iaitu risiko darah beku di dalam saluran darah, saya akan cadangkan TEDS (thrombo-embolic disease stockings) tetapi untuk ibu-ibu lain ikut suka lah nak pakai setokin atau tidak. Ikut suka dan keselesaan ibu nak pakai baju tebal ke nipis, nak pakai seluar ke kain, nak pakai bengkung atau tidak, nak mengurut atau tidak, nak bertunku atau tidak, nak buka kipas ke tidak, nak buka aircond ke tidak, nak minum air sejuk ke panas, nak minum air ais atau tidak, nak ikat rambut tocang ke tidak. Tiada paksaan atau larangan. Minum ais bukan penyebab rahim kembang atau becak - itu Mitos. Jangan tak mandi dan tak basuh rambut sebulan ya....kebersihan diri itu sangat penting untuk kesihatan fizikal dan emosi. Hanya ada 6 pantang: 1) Pantang semasa darah nifas dari bersolat dan hubungan kelamin mengikut feqah Islam hanya sehingga darah nifas kering dan berapakah hari nya berbeza untuk setiap individu (bukan pantang 44 hari) 2) Pantang merokok dan asap rokok (termasuk nicotin vape) 3) Pantang minum alkohol 4) Pantang makan ikan yang ada pencemaran mercury yang tinggi seperti ikan laut dalam besar-besar (ikan jerung, ikan swordfish/todak, ikan marlin, ikan king mackerel, ikan tenggiri besar) 5) Pantang makan Junk food. 6) Pantang Stress: Jangan menyusahkan diri sendiri jika tak mahu buat apa yang tak perlu buat Tiada makanan atau minuman penyebab bentan - itu Mitos. Jika ibu ada pendarahan banyak, jangkitan kuman, kemurungan, buasir, sembelit, bengkak susu, varicose veins, tekanan darah tinggi, diabetes atau apa-apa masalah perubatan kami akan beri nasihat rawatan. Kalau Tiada Masalah, tak payah ambil apa-apa ubat. Patient confinement lady saya kata kat saya OK, memang dia memilih nak ikut nasihat saya. Dia kata sebenarnya dia tak amalkan adat berpantang pun untuk diri sendiri, hanya kalau client memilih untuk Berpantang Tradisional dia akan beri perkhidmatannya. Ooo saya jawab serupalah macam saya, kalau patient nak beranak 10 kali, ikut suka dia lah, boleh saja bersalin dengan saya dan dapat perkhidmatan saya, tapi saya tak mau lah bersalin 10 kali. Kaaannnn Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Dr Imelda Balchin Pakar Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine

Baca lagi

tu lah... mmg lapar. mcm bela saka laparnya tu😂 kena tahu, 1oz susu dihasilkan menggunakan 20kcal. itulah sbbnya klau anak kuat menyusu, ibunya mmg kerap lapar. Dah lapar tu makan je lah sis. Tapi pilih lah makanan yg mengenyangkan dan berkhasiat. kudap2 lah dgn buah, kekacang.. masa makan berat tu pilih yg makanan mengenyangkan. lebihkan minum air kosong juga. kdg2 otak kita ni pandai konfius antara lapar dan dahaga. ha bahaya tu😂. dahaga pun bukan kaleng2 lah klau menyusu anak ni kan 😂

Baca lagi
1y ago

betulll. lapar sangat, puasa pun tak lapar mcmni.. risau gemuk sbb makan setiap masa 😅😅😅

Sama lah kuat lapar. Hormon prolaktin tu yg buat kita lapar. Tapi xpe makan makanan seimbang je supaya kalori yg kita makan tu jadi susu bukan jadi lemak.. Jangan makan bukan2 pula nanti gumuk.. Lagi2 kalau pam susu ikut jadual mcm saya, lepas pam je auto haus & lapar.. Pastu makan je laa.. Lepas makan rasa let down reflek. Waktu tu bersyukur je sbb mknnnyg dimakan tadi dah jadi susu.. Heee.. Mak i pun tegur asyik makan je takut gemuk. Iolls ok kalau gemuk sikit pun demi anak.. Nanti boleh kurus.

Baca lagi
VIP Member

Sy pun cepat lapar dan haus lps sbb anak breastfeed sis. Sy makan tapi kuantiti yg sederhana shja. Tapi, sy rasa bila baby kuat bf, tu yang buat badan sy tetap mantain berbanding skrg. Minum air secukupnya, makan secara sederhana, badan akan mantain. Bf ni juga membantu mempercepatkan pengecutan rahim tau. Bila baby dah start kurang menyusu (bila susu bukan keperluan utama baby, boleh makan solid food), mungkin masa tu mummu boleh laa start makan portion biasa.

Baca lagi

mmg akan lapar pon awak. sy mkn je xpk byk pon. baby minum susu badan sampai usia dia setahun 2bulan. stop bukan sebab xde susu sbb doctor advise soh stop. pregnant 2nd baby. setakat sy dok bg susu bdn sy xde diet. sy minum air byk. dn sy mkn je. xde naik berat badan. masa bukak buku pink dkt adik dia berat 54kg. berat asal msa bukak buku pink dkt 1st baby☺️

Baca lagi

sya pun full bf tp terbalik plak sbb sya dh mula kurg selera makan. kdg mkn sehari sekali je. ramai tegur sya dh kurus dr sblm hamil. hasben bila dgr org tegur sya kurus, mula la nak suru sya mkn mcm2. huhu. tp, nk buat mcm mana mmg sya xlapar dan xda selera. nasib baik susu sya x drop, siap sllu bengkak lgi. baby pun dh dekat2 nak masuk 8bulan.

Baca lagi

mcm sy plk.. x blh hidup takda nasik.. sbb anak kuat bf.. dan dlm masa yg sama sy takut jd gemuk🤣 tp bila timbang turun je.. kdng x naik x turun.. tahlah.. kuat sungguh overthinking🤣tp bila x jumpa nasik sehari rasa nk menangis.. dulu sblum beranak blh lagi x jumpa nasik sehari skrg x blh dh🤣

sy anak first fully bf 2y8m .. tiap 2jam lapar nak mateii 🤣 dan harus makan 😂 .. badan dah naik lepas ambil ubat perancang.. jadi alang2 dah naik badan dah tak kesah laa.. nanti anak dah stop bf boleh diet lagi.. tp x sempat.... anak stop bf selepas tau preggy 2nd 😆😆.. chill je la 😂

1y ago

😂 susah nak stop bf kalau anak dah nak 3tahun ni.. dorang x boleh lupa da 😆

Yaa mmg akan kerap lapar kalau bf sbb kalori tu dah dibakar masa baby menyusu. Nurse ada terang masa join kelas pemakanan masa berpantang kat kk sini hari tu. Ibu berpantang kena makan at least 2k kalori sehari, nanti kalori tu akan dibakar masa proses penyusuan 😁

kalau lepas myusu kan baby.. lepas tu pump lagi.. memang hasil pump akan sikit.. sebab kan baby baru myusu kan... kalau baby baru lahir.. sy cadangkan.. kerap direct susu kan baby shja... bila kerap susu kan baby.. air susu boleh jadi banyak sendiri ya..