Salam. Nak tanya, kenapa ye baby 1 tahun 2 bulan tidak boleh berjalan lg ? Orang tua ckp kaki kecil.

Kaki besar cpt jalan.

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sentiasa tarik perhatian dia untuk berjalan. Umpan dengan mainan atau makanan atau apa2 sahaja didepan. Ayah ibu juga boleh selalu tunjukkan betapa seronoknya berjalan contohnya berkejar2 kecil dalam rumah. Selalu juga bawa anak grounding, pijak rumput dan permukaan berbeza. Boleh urut tapak kaki anak dan macam2 lagi untuk galakkan dia guna saraf kaki dan akhirnya nanti dia akan mudah berjalan

Baca lagi

jgn give up ye puan. keep on ransang dia utk bertatih.. anak buah sy pun mcm puan, bertatih kejap2 je sbb dia mcm takut nak berjalan. tp sbb ibu dia selalu bawak dia bertatih petang2 kat luar umah, lama2 dia jalan laju (tp taknak lepas tgn ibu). masuk 1tahun 4bulan, baru dia berani lepaskan tgn and jalan sndiri. alhamdulillah.

Baca lagi

X ada kaitan dgn saiz kaki. Kalau lepas 18 bulan dia still x berjalan, baru dikatakan lambat. Cuma perlu kerap rangsang je. Kadang2 dia takut nak berjalan sbb x confident, bukan x boleh. Arwah anak sy umur 1 thn 2 bulan pun x pandai berjalan lagi masa meninggal. Tp dia dah pandai berdiri sendiri tanpa pegang apa2

Baca lagi

kena selalu rangsang dia. buat aktiviti mcm melompat atas tilam. tengok dia reti x mencangkung (unt pastikan kaki dia kuat). selalu urut2 kaki dia. anak saya, nak masuk 2yr baru berjalan. Dia memang follow up ada follow up dgn pakar & ada terapi.

Asalkan dah bertatih & usia belum 18 bulan..insyaAllah normal je. Anak sulung sy boleh jln sendiri tanpa bantuan umur 1y3m..tu pun dah nak masuk 1y4m😄 Jgn risau ye puan😊

takda kena mengena rasanya. puan kena byk ransang dia utk berjalan/bertatih. boleh tgk youtube/tiktok utk aktiviti ransang otot kaki anak.

Saiz kaki tiada kaitan .. Perkembangan setiap bayi berbeza2 sis .. Ada yg cepat , ada yg lmbt .

VIP Member

Hi, saiz kaki tiada kaitan. Anak Puan tak berjalan langsung atau dah bertatih?

1y ago

Normal, Puan. Sebab tu perlu untuk kita melatih dan meransang anak untuk berjalan by doing some activities.

Anak sulong saya 1 thun 9 bulan bru bole jln normal je sis

Benci la org tua ni. Semua tak kena.