Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Ms Syafiqah, Saya ibu muda yg baru hamil di usia minggu ke-6. Masih banyak yg perlu saya belajar terutamanya tentang pemakanan. Jadi saya ada beberapa soalan utk diajukan: 1. Boleh kah saya memakan folic acid dan iron folic dalam masa yg sama memandangkan saya belum berjumpa dan dapatkan nasihat doctor? 2. Boleh kah saya minum susu tambahan/ jus minuman yg kini terdapat banyak dipasaran yg rata-ratanya mempunyai khasiat tersendiri utk ibu mengandung? 3. Adakah perlu pantang makanan jika alahan seperti mual, loya, muntah? 4. Bolehkah berpuasa jika masih di awal kandungan atau ia akan mendatangkan kemudaratan utk tumbesaran bayi? 5. Apakah makanan tambahan yg perlu diambil jika ingin tambah darah selain daging/paru sbb saya kurang gemar terhadap dua ini. 6. Apakah makanan2 khusus yang pantang dimakan ketika di awal mahupun sepanjang kehamilan? Cth seperti nenas, ada yg kata boleh dan ada yg berkata tidak boleh. Adakah mengikut adaptability badan masing-masing? Mohon pencerahan dari ibu muda. Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

waalaikumsalam, 1. Boleh, asid folic boleh diambil seawall kehamilan. 2. Susu boleh diambil bagi membekalkan kalsium, jus minuman disarankan memakan buah adalah lebih baik dari jus kerana concern pada kandungan gula dalam jus tersebut. 3. Hanya elakkan makanan yang menyebabkan puan berasa loya atau muntah. Elakkan makanan pedas serta berminyak. Pastikan makan sedikit tetapi kerap. 4. Boleh , namun sekiranya ia memudaratkan kesihatan puan dan bayi tidak digalakkan. 5. Makanan seperti organ dalaman , hati ayam atau lembu, kerang , ayam dan daging. Ambil Bersama makanan tinggi vitamin C untuk penyerapan yang lebih baik 6. Tiada masalah untuk memakan nenas , ia membekalkan minerals dan vitamins yang baik untuk badan. Tiada makanan khusu yang harus dipantang melainkan makan secara seimbang dan pelbagai bagi membekalkan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran bayi dan ibu.