Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Ms Nursyafiqah sy ummi cuma ingin bertanya 2 soalan ringkas dan padat. 1.Dilemma ibu GDM."Jenis makanan".Apakah jenis makanan yang perlu diawasi dan jenis makanan yang boleh diambil ketika hypo? 2.Mengapa ibu hamil tetap perlu makan dengan baik sedangkan sudah ada vitamin yang dibekalkan sepanjang tempoh kehamilan oleh petugas kesihatan.Apakah vitamin yang dikomsusi sepanjang tempoh kehamilan tersebut tidak mampu memberikan zat-zat yang cukup kepada ibu mahupun janin di dalam kandungan?

Baca lagi
2y ago

Waalaikumsalam, Hi Ummi 1. Bagi ibu yang mengalami GDM , pemakanan yang tetap dan teratur serta pengambilan makanan karbohidrat mengikut porsi ditetapkan amatlah penting. Elakkan memakan banyak pada sesuatu masa dan elakkan jarak masa yang terlalu panjang. Ketika Hypo, boleh ambil sama ada 1 sudu makan gula / 2 sudu makan madu / gula gula 3 biji , Periksa semula paras gula dalam darah selepas 15 minit. 2. Vitamin bertindak sebagai makanan tambahan untuk badan , makanan utama masih diperlukan kerana ini adalah sumber utama yang mebekalkan tenaga serta segala nutrisi yang diperlukan oleh badan . :)