Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera Ms Nursyafiqah, first and foremost,thank you for reading this. Currently 10weeks pregnant, i do have a little bit of nausea and the inability to eat certain food. My question is; 1.Portion yang saya selalu makan ada protein, nasi dan sedikit sayur. Adakah ok untuk saya makan berat 1x sehari atau makan dalam portion sedikit tapi sebanyak 2x sehari? Sarapan pagi selalunya saya makan roti bakar atau telur. Ada juga hari dimana saya tidak makan sarapan kerana loya yang agak teruk jadi saya cuba kunyah kekacang dan oren sunquick. Adakah perkara ini akan memberi kesan jangka panjang kepada kandungan nutrisi janin saya? 2.Ibu mertua saya menasihati saya untuk makan hati ayam bagi menambah sel darah merah kerana kehamilan lalu saya yang selalu sangkut dek low level iron. Bolehkan saya gantikan hati ayam dengan makanan tinggi zink lain? 3.Saya juga memaksa diri untuk menelan nasi sehari-hari. Adakah ada sebarang kesan jika saya memilih alternatif lain spt mi kuning, mee teow atau lain2? Sudah maklum ibu mengandung tidak boleh sama sekali memakan mee segera. 4.Jika ibu mengandung tidak boleh minum susu,bagaimana cara untuk dapatkan kalsium dari sumber lain?terutama jika si ibu ada masalah tulang seperti scoliosis? 5.Adakah benar ibu mengandung tidak boleh makan makanan laut? Sekian soalan daripada saya,terima kasih kerana luangkan masa. -amira,27,johor-

Baca lagi
2y ago

Waalaikumsalam , Hi Puan Amirah. 1. Nausea and the inability to eat certain food during pregnancy is very normal. Namun , puan harus pastikan makanan yang diambil adalah secukupnya untuk perluan bayi dan puan. Pengambilan makanan berat adalah disarankan 3 kali sehari. Seandainya, puan tidak boleh makan seperti porsi biasa untuk sesuatu waktu makan, puan boleh pecahkan pengambilan kepada “pengambilan yang kecil tetapi kerap” . Elakkan perut kosong, kerana ini juga boleh menyebabkan muntah dan badan tidak bermaya. Sarapan amat penting untuk diambil sebagai permulaan untuk membekalkan tenaga untuk memulakan hari. Saranan saya, ambillah makanan dalam kauntiti sedikit tapi pastikan kerap. 2. Betul, makanan organ dalam seperti hati ayam mengandungi kandungan zat besi (iron) yang baik. Puan boleh gantikan dengan makanan lain seperti ikan cencaru, paru, daging, ayam dan sebagainya. Bagi membantu penyerapan zat besi yang lebih baik, ambillah Bersama makanan yang tinggi vitamin C. Contohnya