Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Salam Ms Nurshafiqah 1. Adakah susu kambing sesuai diminum sepanjang kehamilan ? Saya ada terbaca kebanyakan susu untuk ibu mengandung di pasaran tinggi kandungan gula. 2. Perlukah saya makan lebih dari biasa setiap hari untuk kandungan saya ? Saya cuma makan extra bayam dan oren sahaja sebagai tambahan. Setakat ini saya masih belum ada alahan apa-apa makanan. Terima kasih

Baca lagi
1y ago

Wassalam Idu Azhar, 1. Susu kambing boleh diambil untuk namun pastikan ianya telah melalui proses pasteurization untuk keselamatan pada ibu. Elakkan mengambil susu direct dari ladang. Kandungan gula pada susu di pasaran adalah lebih kurang sama, hadkan pengambilan kepada 2 kali sehari. 2. Sewaktu hamil, saranan pengambilan tenaga sehari ada 1660 kalori, dan ia akan bertambah mengikut trimester. Konsepnya, pastikan makanan seimbang serta berat juga terkawal. :)