Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Ms Nursyafiqah Saya masih trimester 1 , ada bbrapa soalan saya nk tanya .. 1) Apa cara untuk hilangkan rasa loya ? saya rs loya smpi tkde selera nak makan. 2) Darah saya rendah, ada tak cadangan pemakanan yg penuh nutrisi untuk saya tingkatkn lagi darah saya . 3) Saya nak tau apa contoh makanan nutrisi yg elok untuk makan sepanjang hamil . saya ada masalah tak pandai nak pilih makanan dlm diet saya . Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

Waalaikumsalam, 1. Cara untuk hilangkan loya adalah dengan memastikan anda kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan badan mendapat cukup air serta nutrisi yang lengkap. Kenal pasti makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya , dan cuba elakkan. Selain itu, elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan. Bonus point, pengambilan halia terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil. 2. Makan makanan yang tinggi zat besi seperti paru, hati lembu, kerang dan sebagainya bersama makanan yang tinggi vitamin C. Jarakkan pengambilan makanan tinggi zat besi sekiranya anda mengambil minum bercaffeine ( kopi, the, coklat ) , susu kerana ini boleh menghalang penyerapan zat besi di dalam badan. 3. Makanan nutrisi yang baik sepanjang hamil adalah makanan yang lengkap dan seimbang. Contohnya makanan yang terdiri daripda sumber karbohidrat, protein , lemak dan serat. Bole