Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai Salam Cik Syafiqah... Pertanyaan saya : 1. Selain pemakanan sihat dan seimbang yang di sarankan oleh pakar dietitian dan doktor, apakah  vitamin dan makanan tambahan antenatal yang terbaik dan selamat untuk diambil ketika mengandung kerana sesetengah daripada ibu2 mengandung mengalami alahan teruk terhadap makanan. 2. Adakah bagi ibu mengandung yang mengalami GDM dietitian yang di sarankan oleh pakar betul-betul berkesan dan kandungan gula tidak naik kerana saya pernah terbaca ada sesetengah ibu mengandung yang berkongsi pendapat mengatakan diet yang di sarankan kadang tidak menjadi dan gula naik. Adakah kerana cheat day pada waktu lain dan strigh ikut pemakanan yang dicadangkan ketika ujian gula di jalankan. 3. Benarkah tidak semua buah boleh diambil sesuka hati ketika mengandung lebih2 lagi yang menghidap GDM dan perlu diambil mengikut kuantiti yang sesuai. Bagi sesetengah ibu mengandung yang tidak tahu dan menganggap semua buah mengandungi khasiat yang tersendiri. Sekian, Terima Kasih.

Baca lagi
2y ago

Terima kasih Puan Syafiqah di atas penerangan yang padat dan penuh manfaat ini. Semoga tips2 yang dikongsi ini dapat di gunakan oleh ibu-ibu hamil yang lain di dalam group ini....