Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam, Ms Nursyafiqah. Saya baru join apps ni, jadi byk yg masih tak tau berkenaan apps ni. 1. Perkongsian ni akan di adakan secara live atau mcm mana ye, di bahagian mana ye saya nak tengok esok. 2. Mengandung di usia 40an++, baru masuk 9mggu. Bagaimana diet yg sesuai utk yg ada berat badan 80kg, dalam masa sama nak jaga kesihatan + kesihatan kandungan supaya tak terjejas utk mengelakkan penyakit lain sprt gdm dll. 3. Bagaimana diet utk ibu hamil yg ada masalah auto immune disease (psoriasis), sbb perasan sejak mengandung, psoriasis jd flare up lebih dr kebiasaan (maybe hormones dah berubah). Utk pemakanan saya memang elak pengambilan gula putih, elak makanan yg tinggi histamine & dll. 4. Sebelum mengandung, setiap pagi saya memang amalkan minum air saderi + apple hijau raw (blend), utk bantu kurangkan keradangan psoriasis. Soalan saya, bila dah hamil ni, adakah saya masih blh meneruskan minum? Dan adakah ianya akan menjejaskan kandungan saya. Terima Kasih.

Baca lagi
2y ago

Wassalam hi. 1. Perkongsian diadakan melalui soal jawab di ruangan ini Bersama saya. 2. Pemakanan yang lengkap dan seimbang serta mengikut kalori keperluan harian mampu untuk menjaga kesihatan dan pada masa yang sama dapat mengelakkan penyakit penyakit lain. Contohnya saranan purata pengambilan kalori 1 hari adalah 1660 kalori dan ini boleh meningkat melalui trimester. 3. Pengambilan makanan yang sihat seperti lebihkan sayur serta buah buahan yang mengandungi antioksidan, serat dan pelbagai vitamin yang dapat membantu dalam mengawal psoriasis serta tambahkan bijirin penuh didalam pemakanan , elakkan makanan yang boleh menjadi punca atau “trigger” kepada psiorasis. 4. Tiada masalah, boleh teruskan dengan pengambilan tersebut kerana ini juga membekalkan pelbagai vitamins and minerals yang diperlukan oleh badan.