Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Ms Syafiqah Saya nak tanya beberapa soalan 1. Pada 3trimester selalu akan berlalu kekurangan air ketuban, betul ke minum air kelapa dapat membantu? Dan betul ke awal trimester dilarang minum air kelapa? 2. Panadol boleh ke dimakan untuk ibu mengandung yang kerap mengalami pening kepala, ada side effect tak jika makan begitu kerap? 3. Makanan alternatif apa yang dapat menaikkan HB, selain dari consume ubat klinik? 4. Pengambilan diet yang seimbang yang disarankan oleh KKM, iaitu suku suku separuh, adakah relevan untuk ibu mengandung yang mempunyai GDM, jika relevan, bagaimana jadual yang disarankan ye? 5. Makanan yang pedas yang dimakan pada awal trimester, ada berlaku side effect ke kepada bayi dalam kandungan? Mohon pencerahan Ms Syafiqah, Terima Kasih.

Baca lagi
2y ago

Thank u Ms