Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!

Tertanya-tanya makanan sihat dan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung? Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Ms. Nursyafiqah Binti Nazirmuddin, Dietitian, Pantai Hospital Klang 📰 Topik: Pemakanan Ketika Hamil: Pengambilan Makanan Mengikut Trimester 🗓️ Tarikh: 21 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung: Topik Sesi Tanya Pakar Minggu Ini!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Ms Nursyafiqah. Saya ibu yang mengandung kembar dan berumur nearly 40. Saya ada beberapa soalan. 1. Sehingga kini saya masih alahan (15 minggu) dan saya buntu tentang pengambilan makanan apa yang sesuai untuk saya. Sebab semua yang saya makan, saya akan muntah. Jangan kata banyakkan makan sayur dan buah sebab itu pun saya muntah. Kalau tak muntah, saya akan loya dan kepala pening. Bila ni trjadi, saya terpaksa makan ubat tahan muntah. Hampir setiap hari saya akan makan ubat tahan muntah. 2. Makanan apa yang sesuai untuk mengelakkan air liur berlebihan keluar. Terima kasih

Baca lagi
2y ago

Hi Puan Nor Atiqah, 1. Alahan sewaktu hamil adalah normal. Daripada segi pemakanan, pastikan puan makan pada waktu yang tetap dan elakkan perut kosong. Puan boleh amalkan pengambilan yang sedikit tetapi kerap bagi memastikan nutrisi yang secukupnya dibekalkan kepada badan. Selain daripada itu, kenal pasti makanan yang akan menyebabkan muntah juga membantu. Elakkan makanan pedas dan bergoreng kerana ini juga boleh menyebabkan muntah. 2. Makanan yang masam kebiasaannya memberi kesan kepada pengeluaran air liur. sekiranya berlebihan dan tidak terkawal, dapatkan rawatan dan nasihat doctor segera.