Koleksi Stylish “The Threaded Collection” Dari Jenama Nuna Benar-Benar Memikat Hati!

Jenama barangan bayi premium terkenal, Nuna, telah mengeluarkan rangkaian koleksi terbaharunya, “The Threaded Collection” yang menampilkan pelbagai produk termasuk stroller, cot travel bayi, serta kerusi kereta. Setiap produk datang dengan fabrik berkualiti premium yang ditenun dengan rumit, disediakan bagi memberi keselesaan untuk bayi. Nuna menggabungkan reka bentuk dan idea hebat ke dalam setiap produk untuk memastikan anak anda dilindungi dan selesa sepanjang penggunaan, dengan cukup stylish! Koleksi Threaded datang dalam pelbagai warna, bergaya dan harga berbeza; dari RM1,000 hingga RM5,000 bergantung kepada produk dan aksesori yang berkaitan. "Nuna adalah jawapan untuk ibu bapa yang mahukan gaya, fungsi dan keselamatan dalam gear bayi mereka. Melalui teknologi terkini, kami akan terus membawa lebih banyak produk yang tidak hanya kelihatan menarik, tetapi fleksibel dan mementingkan keselamatan dalam setiap aspek rekabentuk mereka, " kata Noraizan Binti Din, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Supreme Global Marketing (SGM) Sdn Bhd. Koleksi Threaded boleh dibeli di kedai runcit terpilih, kedai bayi khusus dan di Laman web rasmi Supreme Global. Untuk maklumat lanjut, lawati supremeglobal.com.my atau semak www.facebook.com/NunaMY.

Koleksi Stylish “The Threaded Collection” Dari Jenama Nuna Benar-Benar Memikat Hati!
8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Brand ni sangat premium. Tak....... Nak beli. #TAPSupermoms #TAPactiveusers

Baca lagi
VIP Member

lawanyaaaa!!!! nampak elegan. hehehe.

Barang Nuna semua cantik2

habis dekat 4k 😅

VIP Member

Stylish n sleek!

😍😍

VIP Member

Menarik!

Super Mum

👌