Worried
hi ibu² semua. any idea mcm mana nak hentikan muak susu. my baby selepas jak menyusu baby saya akan mengeliat dan keluarkan susu. Kadang banyak kadang sikit yg akan keluar dari mulut baby.
![undefined profile icon](https://static.cdntap.com/parenttown-prod/profile_15637872962857.jpg)
Jeluak / Regurgitasi* 'Doktor, baby saya kerap jeluak ni. Boleh tak beri ubat untuk kurangkan jeluak ni?' Jeluak sebenarnya perkara normal kepada baby. Ia berbeza dengan muntah. Tapi selalunya pesakit saya akan sebut 'muntah', meskipun anak mereka sebenarnya jeluak. Jeluak: susu keluar selepas menyusu tanpa sebarang 'effort'. Susu tu mengalir keluar dan baby nampak rileks je. Muntah pula, keluar dengan paksaan. Dan bayi akan nampak tak selesa, sebelum dan selepas muntah. Jeluak sebenarnya sangat bagus. Allah buatkan bayi jeluak, mesti ada sebabnya. Sebab tu, walaupun anak anda menyusu badan, dan anda dah 'burp'kan bayi anda, dia tetap jeluak. Salah satu bahan yang ada dengan banyak dalam susu ibu ialah HMO (human milk oligosaccharides). Salah satu fungsinya ialah' anti adhesive antimicrobial'. Ia menghalang kuman bergayut di permukaan sel. Bila kuman tak dapat nak melekat di sel, ia tak dapat nak terjah masuk dalam badan kita. Apabila baby jeluak, susu ibu akan naik dan 'membasahi' saluran pemakanan, tekak dan saluran hidung. Sel-sel di sepanjang saluran ini, especially di saluran pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract) akan dilimpahi HMO. Dan saluran ini akan 'terpelihara' daripada kuman-kuman ini. Apabila kuman tak dapat nak bergayut di dalam saluran pernafasan, maka baby itu akan terpelihara daripada jangkitan di tekak (tonsillitis, pharyngitis), paru-paru (pneumonia) dan juga telinga (otitis media). Sebab itu, baby yang menyusu badan sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan, kurang berisiko mendapat jangkitan kuman paru-paru berbanding bayi yang tak dapat kebaikan susu ibu dalam tempoh tersebut. Konsep yang sama berlaku dalam usus. HMO yang membasahi saluran usus membuatkan baby terpelihara daripada jangkitan kuman di usus (kurang cirit birit). Jadi, kalau anak anda jeluak, jangan bimbang. Especially kalau jeluak sampai susu keluar melalui hidung. Itu memang design yang Allah fitrahkan untuk menguatkan bayi anda untuk berhadapan dengan dunia yang penuh kuman ni. On the side note, ada beberapa tanda yang menunjukkan jeluak anak anda itu bukan perkara normal. 1. Muntah yang memancut keluar (projectile vomiting) 2. Cecair yang keluar tu warna hijau (jus hempedu, bile) 3. Ada darah dalam jeluak/ muntah. 4. Darah dalam najis 5. Perut kembung/ keras/ sakit bila ditekan. 6. Anak anda mula jeluak selepas berumur 6 bulan, atau jeluak berterusan selepas umur 1 tahun. Kalau ada tanda-tanda di atas, cepat-cepat jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tanya kawan-kawan anda dalam fb ya! So, kalau baby anda jeluak, just relax. Cuci/ suruh hubby anda cuci, dan enjoy the 'bau masam' experience! Dr Saleh. Rasa nak jeluak pulak ni. #justsharingncopy&paste
Baca lagiKalau betul2 lepas menyusu jd mcm tu, kadang tu bkn muak tp lebihan susu yg baby simpan dlm mulut n x telan.. x pun baby overfeed..
Anak saya pun mcmtu, dia simpan susu dalam mulut dia lepastu dia muak sikit sikit.
Buat baby sendawa...
Mmg normal sis. Ad je jenis baby yg xmuak. Ad jenis yg muak. Sy gugel dan tanya makcik2 sy yg mengasuh baby. Mmg ad baby mcm ni. Ank sy pun sama. Org panggil jeluak gitu haha. Janji baby dah sendawa ok je... Janji dia bukan keluar secara percik. Kalau tu, tandanya baby xsihat tu. Tu muntah betul. Kalau sdkr leleh2 xpe. Normal.
Mummy of 1 rambunctious boy